Monday, February 18, 2013

Panduan asas pengambilan Vitamin @ Ubat semasa Hamil

Pengambilan ubat semasa hamil terutamanya 3 bulan pertama amatlah diambil perhatian kerana janin dalam proses membesar dan sedang dalam pembinaan oragan2 penting. Sebagai contoh ibu2 yang hamil kerapnya akan mengalami "morning sickness" atau alah yang mengakibatkan muntah yang kerap,pening,tidak bermaya.

Saya ada pengalaman customer saya alah yang amat teruk sehingga tak ada selera makan yang melampau,nak bau nasi pun susah,cmne nak masak,tetapi kata beliau setelah mengamalkan vitamin Shaklee yang pada masa itu beliau hanya consume Vitamin C,Vitamin Bcomplex dan Vitalea(multivitamin+iron) Alhamdulillah beliau berjaya mengurangkan alah nya dalam seminggu, saya amat terkejut sebab diri saya sendiri yang alah pun tak mampu untuk menelan vitamin walaupun seteguk air masak,jika berbuat demikian sekejap je masuk tengok dah kuar balik...rugi je..sebab tulah saya kena tahan wad dua hari...hehehe

Namun masih terdapat ubat yang selamat diambil oleh ibu-ibu walaupun semasa 3 bulan pertama mengandung. Bagi merungkai persoalan ibu-ibu mengandung, di sini terdapat panduan apakah ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa mengandung bagi sakit-sakit yang biasa dialami.

1. Jika demam atau sakit-sakit badan:
Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM)
Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltarenJika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Untuk pengambilan vitamin adalah semuanya selamat kecuali 3bulan pertama tidak digalakkan mengambil Vitamin yang tinggi antioksidannya seperti Omega,Vitamin E dan Vitamin A.Ia boleh diambil ketika usia kandungan anda mencecah 4 bulan keatas. Para ibu hamil amat sesuai anda amalkan basic set iaitu Vitamin C,Vitamin Bcomplex,Vitalea(multivitamin+iron dan Ostematrix(kalsium)
2. Jika selsema:
Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil Vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam.
3. Jika batuk

Elakkan minum semua jenis ubat batuk dan paling baik dapatkan nasihat doktor.
Bagi pengambilan vitamin anda boleh amalkan Vitamin C 500mg,seperti saya ketika hamil saya amalkan 2 biji sehari yakni bersamaan 1000mg vitamin C, Alhamdulillah selsema dan demam jarang menjengah,tambah2 demam.

4. Jika lenguh dan sakit kaki,kejang
Elakkan mengambil ubat urat saraf.

Anda boleh mengambil Ostematrix(kalsium) dan Vitamin Bcomplex sebagai pengganti ubat saraf kepada
lenguh2 dan kebas yang menyerang anda. Bcomplex dapat membantu melancarkan perjalan darah dan menurunkan paras hormon stress. Kalsiumn pula sangat penting kepada ibu2 mengandung kerana ketika hamil inilah segala kalsium dan nutrient dalam badan kita dikongsi bersama bayi untuk menjamin kesihatan serta perkembangan bayi anda.Percayalah jika anda tidak menggantikan kalsium yang telah hilang dan disalurkan kepada bayi, anda mudah mengalami Osteoporosis. Sebab itulah kajian menunjukkan wanita paling ramai dan mudah mendapat Osteoporosis,peliharalah ia  sekarang.

Semoga panduan asas ini membantu anda menentukan ubat dan vitamin yang selamat semasa mengandung. Paling penting jaga kesihatan anda semasa mengandung. Elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, InsyaAllah dimudahkan.

Disini saya senaraikan Vitamin Shaklee yang amat sesuai untuk ibu2 hamil:



Testimoni:

~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID"880032

No comments:

Post a Comment