Thursday, April 26, 2012

Isteri Dingin?Isteri Jadilah ISTERI kepada SUAMI..


Seringkali isteri merungut penatnye nak "layan" kehendak suami,byk faktor yg menyebabkan keinginan seorg wanita itu berkurangan antaranya:

1.Keletihan ditempat kerja
2.Letih dgn anak2
3.Takut setelah bersalin 
4.Kekerapan diminta layanan oleh suami

sy mencadagkan set F(feminin) untuk membantu para isteri menjadi ISTERI kepada SUAMInya...
set ini juga amat sesuai untuk bakal2 pengantin diluar sana, disini sy ade petik dr blog puan Hadha...

Kawan-kawan tahu tak bahawa gabungan Alfalfa dan Vitamin E sebenarnya sangat bagus untuk menjadikan anda isteri dan ibu yang hebat?

Kawan-kawan tahu kan bahawa Alfalfa yang kawan-kawan makan untuk tujuan membanyakkan susu tu juga boleh merawat masalah keputihan pada wanita?

Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Ia juga membantu menghilangkan masalah keputihan,Alhamdulillah ...


Menarik kan?


Bagaimana pula dengan Vitamin E? Ehem.. ehem..

Vitamin E ni pula selain daripada untuk mencantikkan kulit, antioksidan dan memanaskan badan (bagi yang mengalami lenguh-lenguh sendi ; emak-emak kita ; saya selalu suggest ambik SET D dgn tambahan Ostematrix), Vitamin E juga adalah vitamin yang berkaitan dengan intimacy!

Tak percaya ke? Saya excerp info daripada blog kak arnie (genkimomma.com).
Asparagus :
Contains vitamin E to stimulate the production of sex hormones, thus leading to a healthier sex life
So, amacam? Teruja? Vitamin E TIDAK menggangu penyusuan. tetapi ingat untuk ibu mengandung TIDAK DIGALAKKAN mengambil Vitamin E dan Alfalfa...kecuali anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu...

So, samada kawan-kawan tambahkan Vitamin E ke dalam suplemen yang kawan-kawan makan sekarang, ataupun dapatkan  SET F ( F for Feminine = Kewanitaan).

SET F adalah Vitamin E dan Alfalfa 

Cara makan:
  • Sebiji sehari untuk Vitamin E
  • 3 biji sehari untuk Alfalfa


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug


     

    Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or 


    prevent any disease


    untuk maklumat lanjut:call or sms 0134502520

Wednesday, April 25, 2012

Tips Penyusuan untuk ibu2





Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar denganbetul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepasmenyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkansusu ini; simpanlah untuk diberikan kepadabayidalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan olehposisi penyusuan yang tidak betul, jangkitankandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapatkepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuanpada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruangkepada puting terdedah kepada udara danmelegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secarakerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak puting daripada bergesel denganpakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif padawaktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas putinguntuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpadoktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu andatersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.


Masalah Susu
“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannyamudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien

“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

“Susu saya tumpah.”
Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikianuntuk satu tempoh tertentu?”
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayipeluang untuk menghisap dari payudara untukmerangsang penghasilan susu. Lakukannyadengan sabar selama beberapa hari dan andaakan dapati payudara anda akan mulamenghasilkan susu. Doktor anda juga bolehmemberi beberapa preskripsi ubat danmencadangkan makanan untuk merangsangpenghasilan susu.

“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.


Masalah berhubung baby 

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.

“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawabayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.

“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.

Masalah berhubung Ibu

“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanyamemerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatiankepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(boleh cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too....saya dah amalkan 13 tahun dan sangat berpuashati!)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.

“Saya terlalu murung untuk menyusukanbayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petandakelemahan atau kegagalan dan ia tidakmenjejaskan kemampuan anda untuk menjagabayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yanganda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanyatidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.

Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menanganimasalah tersebut dengan lebih yakin




credit 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

keterangan lanjut: 0134502520(Umi)