Showing posts with label Migrain. Show all posts
Showing posts with label Migrain. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Atasi Migraine dengan B-Complex & Ostematrix

Assalammualaikum pembaca yang baik hati,anda pernah Migraine?mesti pernahkan, masa time kite belajar,saya pernah migraine masa Matrik dulu,mana tak nya tio kul 1@ 2 pagi minum nescafe 3 in 1 HIJAU..hehehhe..memangla sampai terpaksa hantuk kepala pada besi katil dpuble decker..huhuhu..mcm menyiksa diri ja..anda tahu mengenai Migraine?Jom Baca

Apa itu MIGRAINE?

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

a) Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.

b) Common Migraine 

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Apakah punca MIGRAINE?
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheesenitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine : 

  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 
Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?

Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana:




Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


Hubungi Pengedar Shaklee Anda: Umi Nad'rah Amir Hamzah 0134502520 ID:880032(ANDA BOLEH MENGGUNAKAN ID SHAKLEE SAYA UNTUK MEMBELI DI MANA2 BRANCH SHAKLEE YANG BERHAMPIRAN @ HUBUNGI HQ SHAKLEE DI 0356223188)

Sunday, April 21, 2013

Rawat Sakit Kepala dengan B-complex Shaklee

Sejak belajar di Matrikulasi suka sangat minum Nescafe, sbb nak stay up malam tu study ...hehehehe..tapi actually salah sebenarnya cara belajar begitu,memaksa diri tahan dari tidur dengan meminum Nescafe adalah satu proses menyebabkan sakit kepala atau migarain itu timbul. Patutla time study matrik dulu asyik migrain je..

Jadi alternatif apabila saya sakit kepala atau demam, pastinya saya akan membeli Panadol atau Paracetamol atau Pain Killer untuk melegakan sakit yang saya alami.
Amalan mengambil panadol ini saya teruskan sehinggalah saya bertemu dengan pengamal perubatan Islam mengatakan bahaya apabila bergantung dengan Panadol atau Paracetamol kerana akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap tubuh untuk jangkamasa yang panjang, terutama pada buah pinggang kita. Sejak hari itu, saya telah berhenti mengamalkan pengambilan panadol serta mana2 ubat kovensional, kecuali sakit teramat sangat dan takut menjejaskan kesihatan. Kalau sakit sikit2 boleh tahan saya cuba alternatif lain, sebagai contoh saya tahu bahawa kalau selsema kurang vitamin C so saya akan makan banyak buah oren dan limau sunquick, dan jika batuk saya akan amalkan madu bersama limau kasturi untuk diminum. sehingga sekarang saya masih mengamalkan madu. Alhamdulillah...dan sekarang bertemu pula dengan Shaklee ia menjadi satu diet dalam pemakanan saya berserta kurma dan madu.

Saya cuba mencari artikel yang ada menceritakan tentang kesan panadol yang bahaya terhadap tubuh. Alhamdulillah secara kebetulan semasa saya mencari info di internet, saya terjumpa artikel berkenaan. Kredit kepada omaQ.org
--------
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
--------



Sejak saya meninggalkan panadol, kebiasaannya saya akan menahan saja sekiranya sakit kepala/migrain saya kembali. Namun setelah saya berkenalan dengan Shaklee, saya mengamalkan.pengambilan B Complex Shaklee untuk melegakan kesakitan tersebut.
asid folik

Kenapa B Complex Shaklee?

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B yang lengkap berikut:
  1. Vitamin B1 (Thiamin)
  2. Vitamin B2 (Riboflavin)
  3. Vitamin B3 (Niacin)
  4. Vitamin B5 (Pantothenic acid)
  5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
  6. Vitamin B9 (Folic acid)
  7. Vitamin B12 (Cobalamin) 
  8. Biotin
Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Namun, B Complex Shaklee bukanlah untuk melegakan sakit kepala/migrain semata. Selain daripada mengurangkan risiko diserang migrain, kandungan Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee turut mencegah penyakit-penyakit lain seperti strok, depresi, mencegah anemia, membantu tumbesaran dan sebagainya. Banyak sungguh kebaikan B Complex ni. Akan saya ceritakan dalam entry yang lain nanti ye :)
Pastinya B Complex pilihan saya kerana ianya terbukti berkesan, halal, semulajadi, bebas dadah, bahan kimia, bahan pengawet mahupun perasa tiruan. Semestinya B Complex adalah penyelesaian terbaik berbanding makan ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.

Disamping itu anda juga boleh mengambil Nutriferon shaklee yang sangat baik menjadi imune bosster anda untuk menguatkan lagi imunisasi badan kita bagi mengelak dari jankitan penyakit yang merbahaya. Ia sangat baik jika diambil bersama Prformance Drink bagi memberi kecerdasan serta mengurangkan kehilanagn air dalam badan. Rujuk entry ini.



diolah dari sumber

Untuk keterangan lanjut/berminat untuk menjadi ahli serta menambah pendapatan sampingan hubungi: 

 Umi Nad'rah Amir Hamzah 0134502520 ID:880032(ANDA BOLEH MENGGUNAKAN ID SHAKLEE SAYA UNTUK MEMBELI DI MANA2 BRANCH SHAKLEE YANG BERHAMPIRAN)