Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Panduan asas pengambilan Vitamin @ Ubat semasa Hamil

Pengambilan ubat semasa hamil terutamanya 3 bulan pertama amatlah diambil perhatian kerana janin dalam proses membesar dan sedang dalam pembinaan oragan2 penting. Sebagai contoh ibu2 yang hamil kerapnya akan mengalami "morning sickness" atau alah yang mengakibatkan muntah yang kerap,pening,tidak bermaya.

Saya ada pengalaman customer saya alah yang amat teruk sehingga tak ada selera makan yang melampau,nak bau nasi pun susah,cmne nak masak,tetapi kata beliau setelah mengamalkan vitamin Shaklee yang pada masa itu beliau hanya consume Vitamin C,Vitamin Bcomplex dan Vitalea(multivitamin+iron) Alhamdulillah beliau berjaya mengurangkan alah nya dalam seminggu, saya amat terkejut sebab diri saya sendiri yang alah pun tak mampu untuk menelan vitamin walaupun seteguk air masak,jika berbuat demikian sekejap je masuk tengok dah kuar balik...rugi je..sebab tulah saya kena tahan wad dua hari...hehehe

Namun masih terdapat ubat yang selamat diambil oleh ibu-ibu walaupun semasa 3 bulan pertama mengandung. Bagi merungkai persoalan ibu-ibu mengandung, di sini terdapat panduan apakah ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa mengandung bagi sakit-sakit yang biasa dialami.

1. Jika demam atau sakit-sakit badan:
Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM)
Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltarenJika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Untuk pengambilan vitamin adalah semuanya selamat kecuali 3bulan pertama tidak digalakkan mengambil Vitamin yang tinggi antioksidannya seperti Omega,Vitamin E dan Vitamin A.Ia boleh diambil ketika usia kandungan anda mencecah 4 bulan keatas. Para ibu hamil amat sesuai anda amalkan basic set iaitu Vitamin C,Vitamin Bcomplex,Vitalea(multivitamin+iron dan Ostematrix(kalsium)
2. Jika selsema:
Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil Vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam.
3. Jika batuk

Elakkan minum semua jenis ubat batuk dan paling baik dapatkan nasihat doktor.
Bagi pengambilan vitamin anda boleh amalkan Vitamin C 500mg,seperti saya ketika hamil saya amalkan 2 biji sehari yakni bersamaan 1000mg vitamin C, Alhamdulillah selsema dan demam jarang menjengah,tambah2 demam.

4. Jika lenguh dan sakit kaki,kejang
Elakkan mengambil ubat urat saraf.

Anda boleh mengambil Ostematrix(kalsium) dan Vitamin Bcomplex sebagai pengganti ubat saraf kepada
lenguh2 dan kebas yang menyerang anda. Bcomplex dapat membantu melancarkan perjalan darah dan menurunkan paras hormon stress. Kalsiumn pula sangat penting kepada ibu2 mengandung kerana ketika hamil inilah segala kalsium dan nutrient dalam badan kita dikongsi bersama bayi untuk menjamin kesihatan serta perkembangan bayi anda.Percayalah jika anda tidak menggantikan kalsium yang telah hilang dan disalurkan kepada bayi, anda mudah mengalami Osteoporosis. Sebab itulah kajian menunjukkan wanita paling ramai dan mudah mendapat Osteoporosis,peliharalah ia  sekarang.

Semoga panduan asas ini membantu anda menentukan ubat dan vitamin yang selamat semasa mengandung. Paling penting jaga kesihatan anda semasa mengandung. Elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, InsyaAllah dimudahkan.

Disini saya senaraikan Vitamin Shaklee yang amat sesuai untuk ibu2 hamil:



Testimoni:

~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID"880032

Monday, May 23, 2011

I'm BACK...ALHAMDULILLAH - Part 2

Assalammualaikum...
nak smbung cite..tp cite yg dah 3bulan sudah..hehehe..nak kongsi pengalaman...kpd sesiapa yg merancang untuk mengandung dan sedang mengandung, jgn xmakan pulak ubat vitamin yg diberi doktor..klu teori anak besar tu mgkin akan terjadi..tetapi anda dinasihat kan untuk makan juga..walaupun selang sehari atau dua hari..contohnya ubat iron+asorbic asid elok dimakan untuk menambah darah dan pengumpulan susu yg banyak(insyaALLAH) dan percayalah kpd sesiapa yg sembelit dan ketandas seminggu 3 kali atau kurg eloklah makan iron+asorbic asid ni, kerana ia akan membantu anda membunag air besar dgn mudah..InsyaALLAH
untuk asid folik pula membantu perkembangan otak anak anda dan tumbesaran nya..dan paling membantu untuk ibu mengandung hilagkan stress adalah vitamin B complex, yg mempunyai hormon membantu melancarkan fungsi otak dan menghilangkan STRESS...
"STRESS"
stress adalah sinonim dgn ibu mengandung yg sgt2 sensitif..hehehe..so nak hilangkan stress mkanlah vitamin b complex lagi2 pada ibu yg menyusu kerana ibu yg menyusu mengeluarkan 2 hormon iaitu hormon yg membuat susu dan hormon yg mengeluarkan susu, jika hormon stress kita byk ia akan menurunkan kadar penghasilan susu..so, nak susu byk makanlah vitamin b complex dan iron+asorbic asid...

oh ya jagn pula lupa nak minum susu, saya masa ngandung dulu mula2 minum susu kambing HIGOAT..pastu xlarat nak beli, sy continue dgn susu lembu je...susu fernleaf dan susu anlene..hehehe..susu untuk ibu mengandung xminum sbb mahal sgt..lagipun saya minum susu sehari 2 gelas ke 3 gelas...

Penting ke susu ni?ohhhh sgt penting...jika ibu mengandung bayinya akan mengambil kalsium dari ibunya selama dia di dalam kandungan, so org kata klu xminum susu xsempat tua gigi sume dah xelok, kaki pun xkuat n cepat kena osteoporosis..haaaaaa..jg2...Selain dr itu saya ada ambil suplement lain iaitu ubat homeopathy...Alhamdulillah kandungan pun kuat anak pun sihat....

itu adalah persediaan zahir seorg ibu mengandung ..tapi bagaimana dgn persediaan batin? itu lebih2 lagi pengting untuk rohani dan jasmani ibu n anak, apakah persediaan batin  yg perlu:

1. Banyakkan membaca Al Quran(better smp khatam)
2. Banyakkan solat sunat(walaupun sunat witir shj)
3. Selalu berdoa dan bertaubat
4. Banyakkan Zikir
5. Selalu Mendengar perkara2 baik(bacaan Alquran, zikir, ceramah)
6. Kurangkan menonton/melihat perkara2 yang tak baik terutama cite hantu/tahyul(boleh terkesan kpd bayi anda)
7. Jangan mengumpat(yg ni yg sgt2 payah nak hindar...adoiiii)
8. Selalu bercakap perkara2 baik dgn anak anda dlm kandungan 
Cth: Anak ibu anak yg baik, jgn susahkan sesiapa pun bila lahir nnti tau..
        nnt anak ibu minum susu ibu tau(insyaALLAH susu banyak untuk bayi anda)
9.Hindarkan sifat2 mazmumah dan doalah byk2 pada ALLAH...nescaya dipermudahkan ALLAH untuk kita...Firman ALLAH, berdoalah kamu nescaya akan Ku Kabulkan...

so, buatlah semampu kita...saya pun xdpt laksanakan dgn sempurna tp kita cuba dan doa selalu..INGAT JANGAN BERGANTUNG PADA MANUSIA TETAPI BERGANTUNGLAH DGN ALLAH....tawakkal penting dlm hidup setelah kita berusaha...doa...doa...dan doa....

to be continue------>   wassalam


Bacalah...

Thursday, May 19, 2011

I'm BACK...ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum wrt kepada sahabat sekalian...
Dah 3bulan lebih tak update blog ni...adoi..xde idea nak tulis apa...klu nak tau anak pun dah 3bulan..cukup2 3 bulan dia dah boleh meniarap...cepat sungguh..Alhamdulillah...namanya Ku Nafisatul I'lmi Binti Ku Ibrahim..nak tgk gmbr dia?
inilah dia anak saya..Nafisah

Alhamdulillah dia anak yg baik...xnyusahkan saya lgsung...dulu masa pregnant member mak pernah ckp klu nak bg anak fhm rajin2 sembng dgn dia..so saya mmg selalu smbng dgn anak sebelum dia lahir lagi...ckp nnt syg jadi anak yg baik tau, xsusahkan org, tabah hadapi ujian ALLAH , kena kuat jgn jd mcm ibu..hehehhe..sbb ibu dia sgt sensitif..syg igt tau besar nnt taat pd ALLAH dan Rasul...
Setelah lahir, Alhamdulillah mudah sgt melahirkan dia..start kul 12.30tghari 12 Februari saya dah sakit piggng dan turun darah..ke hospital kul 5ptg dan masuk bilik untuk cek bukaan kul 6ptg..masa tu br je 1cm...so kene masuk wad..
start sakit pinggang kul 8mlm..tp ckit2 je..makin kerap2 start kul 11 mlm...bila dah kerap nurse cek dah 4cm ms tu dah kul 11.45mlm...nurse tolak masuk labour room...Alhamdulillah kul 3pg dah boleh push untuk bersalin dan Nafisah kuar kul3.15pg..mmg mudah..dgn berkat doa suami,mak,papa,kwn2 ku,kwn2 mak...dan juga berkat nurse yg membaca doa diperut saya ketika sakit..Alhamdulillah walaupun saya bersalin di hospital Kerajaan tp layanan amat memuaskan bersamaan xperlu byr....okla...dan niat dlm hati klu bersalin nnt harap dpt nurse2 mcm yg saya dpt ni..mmg berkat doa nak bersalin dgn nurse dan doktor perempuan Alhamdulillah dpt doktor perempuan....byk doa dan solat serta bersabar..insyaALLAH dpt apa yg dihajati,

skrg dah tiga bulan si comel nafisah ni...oh ya..nak tau mcmna saya dapat nama Nafisatul I'lmi?eheheh..saya rapat dgn keluarga ust Aminuddin Abdul Rahim..nama anak sulung nya Nafisatul I'lmi..so saya dan suami wat keputusan ambiklah nama tu..minta izin dr ust dan ustzah...diizinkan..pastu tnylah pd ustazah, kwn kata nama nafisah ada sejarah..rupa2nya ustazah kata Nafisah adalah nama cicit Rasulullah S.A.W...oleh kerana ilmu Nafisah byk dia diberi gelaran Ilmi..so jdlah Nafisatul I'lmi..Imam As-Syafie pernah berguru dgn Nafisah...sekarg kubur Nafisah berada di Mesir...Alhamdulillah ...ibu harap nafisah dpt jd seperti Nafisatul I'lmi...nnt besar ibu antar Hafiz Quran ya..insyaALLAH...

so moral of the story..byk2lah kita berdoa dan twakkal pada ALLAH...Anak adalah anugerah ALLAH, kitalah yg mencorak mereka samaada menjadi Nasrani, majusi atau yahudi...renungkanlah..selamat mendidik anak2 anda...

To be continue....
Semoga Menjadi Family Bahagia Dunia dan Akhirat