Showing posts with label set hamil shaklee. Show all posts
Showing posts with label set hamil shaklee. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Tips Meransang Kehamilan



10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yg Disarankan
Hamil dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui pengalaman mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada sesetengahnya memerlukan bantuan atau melakukan teknik-teknik tertentu sebelum terjadinya kehamilan.


Kepada anda yang menghadapi kesukaran untuk hamil, barangkali anda boleh mencuba TIPS berikut:
1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung
.
2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur.
3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.
4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.
7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil.
8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma).
9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha, meminta lah kepada NYA. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan:
Ada pun doa-doa yang bisa dibaca bagi seorang muslim agar diberikan kehamilan dan keturunan, diantaranya : Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)
Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri:
1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vitalea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InshaAllah..
TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:



1. Doa
2. Berusaha untuk kurus
3. Exercise 30 minit setiap hari
4. Makan supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Folic Acid
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan masa 3-6 bulan untuk dilihat keberkesanannya

sumber

Maklumat produk/ingin menambah pendapatan sampingan,hubungi:
~ Umi Nadrah Amir Hamzah
~ 0134502520
~ ID:880032

Monday, February 18, 2013

Panduan asas pengambilan Vitamin @ Ubat semasa Hamil

Pengambilan ubat semasa hamil terutamanya 3 bulan pertama amatlah diambil perhatian kerana janin dalam proses membesar dan sedang dalam pembinaan oragan2 penting. Sebagai contoh ibu2 yang hamil kerapnya akan mengalami "morning sickness" atau alah yang mengakibatkan muntah yang kerap,pening,tidak bermaya.

Saya ada pengalaman customer saya alah yang amat teruk sehingga tak ada selera makan yang melampau,nak bau nasi pun susah,cmne nak masak,tetapi kata beliau setelah mengamalkan vitamin Shaklee yang pada masa itu beliau hanya consume Vitamin C,Vitamin Bcomplex dan Vitalea(multivitamin+iron) Alhamdulillah beliau berjaya mengurangkan alah nya dalam seminggu, saya amat terkejut sebab diri saya sendiri yang alah pun tak mampu untuk menelan vitamin walaupun seteguk air masak,jika berbuat demikian sekejap je masuk tengok dah kuar balik...rugi je..sebab tulah saya kena tahan wad dua hari...hehehe

Namun masih terdapat ubat yang selamat diambil oleh ibu-ibu walaupun semasa 3 bulan pertama mengandung. Bagi merungkai persoalan ibu-ibu mengandung, di sini terdapat panduan apakah ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa mengandung bagi sakit-sakit yang biasa dialami.

1. Jika demam atau sakit-sakit badan:
Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM)
Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltarenJika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Untuk pengambilan vitamin adalah semuanya selamat kecuali 3bulan pertama tidak digalakkan mengambil Vitamin yang tinggi antioksidannya seperti Omega,Vitamin E dan Vitamin A.Ia boleh diambil ketika usia kandungan anda mencecah 4 bulan keatas. Para ibu hamil amat sesuai anda amalkan basic set iaitu Vitamin C,Vitamin Bcomplex,Vitalea(multivitamin+iron dan Ostematrix(kalsium)
2. Jika selsema:
Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil Vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam.
3. Jika batuk

Elakkan minum semua jenis ubat batuk dan paling baik dapatkan nasihat doktor.
Bagi pengambilan vitamin anda boleh amalkan Vitamin C 500mg,seperti saya ketika hamil saya amalkan 2 biji sehari yakni bersamaan 1000mg vitamin C, Alhamdulillah selsema dan demam jarang menjengah,tambah2 demam.

4. Jika lenguh dan sakit kaki,kejang
Elakkan mengambil ubat urat saraf.

Anda boleh mengambil Ostematrix(kalsium) dan Vitamin Bcomplex sebagai pengganti ubat saraf kepada
lenguh2 dan kebas yang menyerang anda. Bcomplex dapat membantu melancarkan perjalan darah dan menurunkan paras hormon stress. Kalsiumn pula sangat penting kepada ibu2 mengandung kerana ketika hamil inilah segala kalsium dan nutrient dalam badan kita dikongsi bersama bayi untuk menjamin kesihatan serta perkembangan bayi anda.Percayalah jika anda tidak menggantikan kalsium yang telah hilang dan disalurkan kepada bayi, anda mudah mengalami Osteoporosis. Sebab itulah kajian menunjukkan wanita paling ramai dan mudah mendapat Osteoporosis,peliharalah ia  sekarang.

Semoga panduan asas ini membantu anda menentukan ubat dan vitamin yang selamat semasa mengandung. Paling penting jaga kesihatan anda semasa mengandung. Elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, InsyaAllah dimudahkan.

Disini saya senaraikan Vitamin Shaklee yang amat sesuai untuk ibu2 hamil:



Testimoni:

~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID"880032

Tuesday, April 10, 2012

Shaklee, Set Pregnant yang sangat best

Assalammualaikum wrt,untuk post kali ni kali ni saya nak share supplement2 yang sesuai untuk sepanjang tempoh kehamilan,cadangan vitamin terdiri daripada:


  1. Vitalea with Iron
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix
  5. ESP/ Mealshake
  6. Omega Guard
* Vitamin yang bertanda BOLD adalah paling penting untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu

(1) B-Complex - 1 tab dailyTak perlu ambil acid folic berasingan, kerana Vitamin B-Complex Shaklee dah lengkap dgn 8 kumpulan Vitamin B, termasuklah asid folik.

(2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea adalah multivitamin. jadi ibu mengandung tidak perlu menagmbil obimin lagi dan iron untuk tambah HB anda,ia sudah mencukupi dgn pengambilan Vita-Lea Shaklee.

(3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

(4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat dan gigi utk baby. kalau preggies rajin minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari sudah memadai.Sangat sesuai kalau ibu tak boleh minum susu.


(5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. air mestilah air suam - plain water or any fave drinks (milo/ susu. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya pregges tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. kurang stretch-mark effect.



(6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough. Selebihnya, khasiat DHA ni boleh didapati dari pemakanan seharian. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. untuk preggy mommies pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
 Credit to Salwa