Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Tips Penyusuan untuk ibu2





Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar denganbetul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepasmenyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkansusu ini; simpanlah untuk diberikan kepadabayidalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan olehposisi penyusuan yang tidak betul, jangkitankandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapatkepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuanpada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruangkepada puting terdedah kepada udara danmelegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secarakerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak puting daripada bergesel denganpakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif padawaktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas putinguntuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpadoktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu andatersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.


Masalah Susu
“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannyamudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien

“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

“Susu saya tumpah.”
Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikianuntuk satu tempoh tertentu?”
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayipeluang untuk menghisap dari payudara untukmerangsang penghasilan susu. Lakukannyadengan sabar selama beberapa hari dan andaakan dapati payudara anda akan mulamenghasilkan susu. Doktor anda juga bolehmemberi beberapa preskripsi ubat danmencadangkan makanan untuk merangsangpenghasilan susu.

“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.


Masalah berhubung baby 

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.

“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawabayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.

“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.

Masalah berhubung Ibu

“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanyamemerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatiankepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(boleh cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too....saya dah amalkan 13 tahun dan sangat berpuashati!)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.

“Saya terlalu murung untuk menyusukanbayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petandakelemahan atau kegagalan dan ia tidakmenjejaskan kemampuan anda untuk menjagabayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yanganda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanyatidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.

Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menanganimasalah tersebut dengan lebih yakin




credit 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

keterangan lanjut: 0134502520(Umi)

Tuesday, March 6, 2012

Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Alhmdulillah, setelah sekian lama sy menypi dari dunia blog, kini sy kembali dgn kebbaikan2 yg sy sgt teruja untuk dikongsikan bersama anda skelian. Sebenarnya sy amat meminati bidang kesihatan dan kecantikan. Saya akan membeli buku2 dan majalah berkenaan kecantikan,petua2 untuk kelihatan cantik dan sihat. Hehehe..lagi2lah teruja ms kecik2 dulu arwah nenek selalu pesan kena jaga kesihatan dan kecantikan untuk suami. Dah berkahwin mmg itu yg paling utama, tp org kata gak klu cantik muka dan wajah je peribadi dan akhlak xcantik cmne ek? Walauapapun kita cuba kearah yg lebih baik dan positif kan.
Berbalik kepada kesihatan dan kecantikan, sy adalah seorg yg sanagt culas dan malas mkn ubat. Kalau demam xkan mkn walaupun demam seminggu,walaupun selsema seminggu. Sbbnye sy xsuka mkn ubat. Dulu klu gi kuliah maghrib kat masjid, ada ust bagtau xelok mkn ubat byk nnt buah pinggang rosak,hati pun rosak,bile dgr je lg2la xmkn,kecuali sgt2 terdesak(time exam masa U dulu je)hehehehe..
Alahmdulillah sy telah berjumpa dgn alternative lain untuk sy kekal sihat.mula2 dulu sy amalkan petua org tua2, contohnye klu selsema n batuk sy akan minum Madu + Air Suam sejuk + L:imau Kasturi, memang sedap..kira dalam 3-4 hari baikla batuk n selsema, klu demam tggu kebah ..tp Alhamdulillah sejak sy xmkn ubat Panadol@ubat konvensional sy jrg2 demam.
Pastu bila dah kahwen n dah pregnant , nurse akan bekalkan vitamin untuk ibu mengandung, biasalah fahaman org klu mkn vitaminbyk nnt anak besaq,hahaha..xdelah besaq actually dia sihat …sy pun google knp perlu sgt Iron,vitamin b complex,vitamin c dan acid folid untuk ibu mengandung.Setelah byk bacaan yg sy baca barulah sy sedar bahawa Vitamin amat penting dalam kehidupan kita sbb kita xkan displin ikut pyramid makanan. Sbb tulah kita kdg2 sakit, letih dan murung(stress). Bila dalam fb byk sgt promosi ttg Vitamin Shaklee,sy cuba search apa kelebihan vitamin Shaklee dgn vitamin diluar sana, memang sangat berpatutan harganya berbanding KEBAIKAN yang kita perolehi dari stiap vitaminnya..So sy amat teruja dan jatuh cinta dgn kebaikan vitamin Shaklee
.Sebangai contoh :
Klau dulu sy alah dgn susu,bila minum je konferm ciritnye, boleh kuruslah..heheheso sy beralih dgn pengambilan Ostematrix Shaklee yg bukan dari sumber susu.Ia sgt membantu sy dari kebas dan kejang kaki serta tanagn dan ia membantu meransang kuantiti susu  ibu.

Set Eu - Four pack
( credit to kak Norita Mohd Idris)

Menjana pendapatan melaui Shaklee....

Alhamdulillah setelah sebulan saya consume vitamin Shaklee,saya teringin nak jadi ahli,mula2 tu niat nak senang beli dan murah n bolehla jual sikit2....niat masa tu nak jual sikit2...so sikitlah ALLAH bg...tp setelah banyak ilmu dan motiasi yang diberikan oleh guru Saya Master Norita,sy berubah niat untuk menjadi pengedar Shaklee yang berjaya bukan setakat ingin menambah pendapatan tetapi membantu pengguna diluar sana untuk lebih sihat dan cergas. Bak kata ustaz saya,jika sihat akal dan badan kita,InsyaALLAH bersemangat kita untuk lakukan ibadah pada ALLAH.
Selain dari itu, selalu cikgu saya titipkan niat mencari rezeki dan duit untuk tambah nilai sedeqah dan zakat kita, kalau dahulu kita mungkin bersedeqah tetapi nilainya sedikit, sekarang setiap kali dapat bonus 10% kita niatkan untuk sedeqah....sedikit yang dikeluarkan ALLAH lipat gandakan rezeki kita...sbb tu saya sangat2 bersyukur joint Shaklee dan dalam group Euphoria ini,bayak ilmu dan amalan yang cikgu saya beri...Alhamdulillah

Sebut tntang bonus,hehehehe bila dapat je cheque mesti seronok ...xkisahla bykmana nilainya,tp usaha kita sendiri...bak kata en Suami pada saya sapelah nak bagi duit kat kita tengah2 bulan ni...selalunya orang tengah bulan nilah dah start nak berpeluh duit dah kurang,tgh bulan nilah dah start mkn sardin tin sbb dah berhabis byk awal bulan...
So ,pada anda diluar sana sama ada anda surirumah atau seorang wanita berkerjaya, jom joint kami di Shaklee dan group Euphoria...sama2 kita mengmbangkan sayap Euphoria dgn ilmu2 dan manfaat yang banyak serta menambah pendapatan dengan Shaklee...sebab itulah Saya JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE.....

Monday, May 30, 2011

Kelebihan susu Ibu kepada bayi anda

di kelapangan ini saya ingin berkogsi ttg kelebihan susu ibu kepada perkembangan bayi anda..Rasanya ramai yg sudah tahu kelebihan susu ibu, tp mungkin ada dikalangan kita yg kurang pasti dan teragak2 nak bagi susu ibu ke or susu formula kepada bayinya yg bakal lahir nanti.

Susu ibu, adalah anugerah tak ternilai kepada bayi anda.dan paling penting adalah sangat jimat dan menguntungkan. susu ibu byk membantu kepd perkembangan otak bayi anda..susu yg mula2 keluar adalah susu yg berwarna kuning cair dan sgt sedikit kuantitinya. itu adalah susu kolustrum yg memberi antibodi (daya tahn melwan penyakit kepada bayi anda) bayi anda boleh terhalang dr mendapat lelah,alahan kulit, gatal2 kulit dan pelbagai penyakit lain.
 Sehari sebelum menulis blog ni, sy berbual dgn kwn ibu saya yg pernah membuat research ttg kelebihan susu ibu. Beliau mengatakan bahawa anak yg menyusu ibu dan anak yg menyusu susu formula berbeza perangai dan tindak tanduknya.Sebagai contoh anak yg membesar dgn susu ibu lebih cenderung mendengar ckp ibunya dan taat, serta segala kebaikan ibunya akan turun kepadanya...tp berbeza dgn susu formula.plg baik menyusu seeloknya 2thun tepat..rujuk surah Albaqarah ayat 33.

Jika anda meneruskan penyusuan ibu anda akan mendapati anak anda pada satu tahap akan membuang air besar seminggu sekali atau 4hari sekali..dari situlah kita dpt berjimat, kerana susu ibu mempunyai byk khasiat dan nutrien nya byk diserap oleh bayi anda tetapi bagi susu formula terlalu byk hampas yg perlu dibuang.

Untuk membnykkan susu selain dr penjagaan pemakanan anda dinasihatkan selalu bercakp2 dgn bayi anada ketika dlm kandungan lagi. Alhamdulillah sy telah praktikkan dr petua sahabat sy, semasa mengandung  walaupun dia dialam rahim tetapi dia boleh mendengar. Contohnya: sayang lahir nnt minumlah susu ibu ya sehingga 2 thun lebih. dan seperti biasa pada semua insan berdoalah selalu moga rezeki anak kita menyusu susu kita sehingga dua tahun lebih.InsyaALLAH ALLAH akan beri...

So, bagi para ibu yg bekerja saya syorkan anda merancang untuk terus menyusu bayi anda, dapatkanlah info2 bagaimana menjaga susu yg telah diperah ketika kita bekerja. Saya telah merancang dgn membeli Breast Pump untuk mengepam susu sebg stok  susu untuk anak saya..Anda juga dinasihatkan membeli pam susu elektrik yg lebih sesuai dgn kesuntukan masa yg kita ada. Tidak sakit, mudah dibawa,dan tak sakit, tambah2 lagi anda membeli pam yg mempunyai kapasiti mengepam sekali dr kedua2 payudara anda. Macam saya sy guna breast pump Spectra 3 double pumping.

Spectra 3 Breast Pump(double pumping)

Inilah pam yg saya beli online dari www.enjoybreastfeed.com    ada harga untuk pam itu sahaja dan ada untuk package. dan jgn lupa beli juga milk storage untuk stok diwaktu kecemasan.Saya beli mom's little one's sesuai dgn pam yg saya beli.
Inilah botol susu yg saya gunakan untuk menyimpan susu yg diperah

Mudah sahaja sebenarnya, HENDAK SERIBU DAYA....kita perlu berkorban untuk kebaikan anak kita...jika anda merasa mahal untuk membeli pam kumpullah duit sikit2..insyaALLAH dlm jgka masa panjang anad boleh berjimat dr membeli susu formula...bak kata P.ramlee" bekorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra sehati dan sejiwa"...

Kadang2 sy rasa berat sgt untuk semua ini, tp dlm hati nak bg yg terbaik kpd anak..pasti ada hikmah ALLAH bg susu itu pd kita..Usahalah sedaya mungkin..berilah susu anda kepada bayi sekurng2nya 6bulan...Saya harap apa yg saya kongsikan disini boleh membantu anda semua...

layarilah http://momslittleones.com/shop/download/AGuidetoSuccessfulBreastfeeding.pdf untuk info pada bakal ibu2 yg ingin menyusu bayi mereka...

Selamat Menyusu..
Nafisah Kekenyangan selepas menyusu...Alhamdulillah