Thursday, June 30, 2011

Doa Seorang Hamba - Part 1

Assalammualaikum….
Pada 18.6.2011 saya telah menghadiri kuliah Dhuha di Surau Alhidayah di Taman Ria jaya SP,yang telah di sampaikan oleh Alfadhil Ust Hj Aminuddin Abd.Rahim. Beliau membacakan huraian dari kitab Riyadus Solihin tajuknya adalah bab DOA. Disini saya ingin berkongsi dgn sahabat sekalian ttg doa. Adakah kita tahu doa mempunyai babnya2 yg kita tidak patuhi dan hindari untuk mudah dimaqbulkan ALLAH S.WT. Ya dlm ilmu tasawwuf mmg tugas kita hanya berdoa dan memaqbulkan itu adalah ALLAH yang maha pengasih lagi maha pennyayang. Tapi ramai org tidak sedar dan bersangka buruk pula dgn keluhan2 penatnya doa tp xdapat2 pun, padahal ada syarat2 yg tidak kita patuhi selamamana kita berdoa.
8 Syarat2 Doa Mustajab: 
1.  IKHLAS
Paling penting setiap perbuatan yg kita lakukan adlah kerana ALLAH. Ikhlas kerana ALLAh adalah apabila kita melaksanakan ikrar janji kita dalam solat iaitu “sesungguhnya solatku,ibadahku hidupku &  matiku hanyalah untuk MU ya ALLAH”. Segala kerja buat kita adalah kerana ALLAh bukan kerana makhluk. Ya senang diungkapkan typ tidak mudah dilaksanakan.Tapi cubalah bimbing hati kita untuk ikhlas kerana ALLAH dan tidak mengharap balasan dr manusia tetapi mengharap redha ALLAH. Iklas kerana ALLAH juga adalah meletakkan hukum2 ALLAH  mengatasi segalanya. 

2.      BERSABAR
Tidak berputus asa dlm berdoa dan bersungguh2 dalam doa itu penting. Ibarat jika kita minta pertolongan dr sahabat kita, mestilah dgn kesabaran takkan bila dia xbagi kita nak melenting dan marah padanya. Dan jgn sesekali berkata “apalah aku doa byk kali dah bertahun2 tapi ALLAH xbagi2 pun” salah perbuatan tu sbb ALLAh shj yg tahu bila dan waktu yg sesuai DIA memaqbulkan doa kita. 

3.      BERTAUBAT KEPADA ALLAH
Ini adalah yg jarang kita nak buat. Kita anggap taubat tu tggu nak mati, tggu susah hidup ni, tggu Tsunami mai pulak kali ketiga atau keempat, ataupun tggu nyawa dah sampai di kerongkong barulah nak taubat, tanggapan itu salah sbb setiap hari kita kena bertaubat dan mohon ALLAH ampunkan dosa kita. Bila setiap hari minta itu maknanya kita sedar kita byk dosa dgn ALLAH. Jangn tggu tersepak batu baru nak tengadah dan jgn tggu bagai jatuh ditimpa tagga kena pulak tahi ayam…aduihhhh sakitnya badan…bertaubatlah setiap hari setiap masa sekurang2nya ucaplah Astaghfirullah….. 

4.      Makanan, minuman dan harta yang halal
Tahukah sahabat sekalian di Malaysia kaum yg melopori mengeluarkan makanan segera adalah kaum bukan islam? Tp itulah salah kita semua, rajin ja guna tp tak mau cipta sendiri. Sebagai contoh produk2 org ISLAM keluaran HPA, HR Marketing dan sebgainya kita tak beli pun, kita sokong pun, tp byk yg kondem dan ramai lagi yg tak tau jika ada cop IMP(Islamic Manufacturing Product) itu inysaALLAH produk itu halalan toyyiba kerana mengikut syrat2 islam Rasulullah ada bersabda dahulukan makan makanan yg halal baru buat amaln, jika makanan xhalal atau shubhah(ragu) amaln kita tak diterima…nau’zubillah….. Dalam Alquran ayat ALLAh yg paling panjang adalah bab harta yg halal, jadi carilah dan dptkanlah harta dari harta yg halal. Contoh yg paling kita tak sedari adalah mencuri masa dan waktu bekerja dipejabat dgn hal2 yang lain untuk kepentingan diri sendiri, menggunakan harta benda pejabat untuk diri sndiri,..pernah tak kita fikir yg kita telah mendapatkan income kita secara shubhah?Adusss…takutnya…bersihkanlah harta mu dgn jalan bersedeqah dan zakat….

Itu perkongsian sy pada hari ini…kita akan berjumpa lagi pd masa akan dtg insyaALLAH untuk smbungan syarat2 seterusnya…teruskan membaca blog sy jika ia dpt memberi manfaat kepada jiwa dan sanubari anda…jika ada salah pls write ur comment below k…

DOA

To be continue------------------------------->