Sape kat sini yang xsuka minum susu?hehehe...Alhamdulillah sy suka minum susu,sejak pregnant anak sulung,disebabkan perut asyik pedih je,arwah tok ckp minum la susu nnt xpedih dah...betulla kot...hehehe...dalam masa pregnant dulu susu yg dipilih adalah susu Fernleaf...xdenye nak beli susu khas untuk ibu preganant..sbb sy hanya fikir ibu pregnant perlu kalsium yg lebih untuk berkongsi dgn anak dalam kandungan...bagi ibu yg menyusu lagi2 perlukan kalsium melebihi semua golongan..betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan...klu dah boring minum susu putih sy tukar susu coklat Anlene..nyumnyum sedapnye...
Sekarang saya masih lagi minum susu tetapi hanya Anlene shj yg sesuai sbb perut sy dah xboleh hadam laktosa,bila minum susu lain dr anlene mesti cirit seharian..huhuhu klu selalu minum n cirit kurusla chek..kikiki..
Baiklah hari ini nak kongsi betapa pentingnya kalsium pada kita. Kalsium adalah salah satu mineral penting untuk pembentukan tulang dan gigi.
Sumber semulajadi kalsium adalah:
(1) Produk tenusu
(2) Sayuran hijau seperti bayam
(3) Kekacang
Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita.99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.
Fungsi lain kalsium selain dari untuk pembentukan tulang dan gigi adalah:
(1) Pembentukan struktur normal sel
(2) Sistem saraf
(3) Pembekuan dan tekanan darah
(4) Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal
(1) Pembentukan struktur normal sel
(2) Sistem saraf
(3) Pembekuan dan tekanan darah
(4) Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal
Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. So kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least
600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi. Kesan kekurangan
kalsium adalah seperti
(1) Mudah mengalami
kekejangan otot atau semut-semut (orang kampung aku kata kepai)(2) Sukar tidur (Insomnia)
(3) Usus menjadi lemah dan sering sembelit
(4) Sakit pinggang dan kaki
(5) Cepat naik angin dan mudah terkejut
(6) Luka susah sembuh, darah lambat beku
(7) Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
(8) Menurunkan kadar metabolisme
(9) Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
(10) Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pulak
(1) Selalu berpeluh ketika tidur
(2) Sukar tidur lena
(3) Terkejut, menangis pada waktu malam
(4) Hyperaktif
(5) Tiada selera makan, memilih makanan
(6) Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
(7) Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
(8) Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
(9) Rendah, lemah badan
(1) Selalu berpeluh ketika tidur
(2) Sukar tidur lena
(3) Terkejut, menangis pada waktu malam
(4) Hyperaktif
(5) Tiada selera makan, memilih makanan
(6) Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
(7) Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
(8) Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
(9) Rendah, lemah badan
Kalau ibu-ibu yang dah lepas bersalin, rambut mudah
gugur. Salah satu
puncanya juga adalah kerana kekurangan kalsium. Saya sendiri lepas bersalin anak sulung selalu jugak sakit-sakit sendi dan
lenguh otot kaki. Kalau kurang secara extreme, gigi pun boleh rosak. So pada
wanita-wanita diluar sana . Jangan abaikan
pengambilan kalsium ya.
Oleh sebab saya memang suka minum susu, saya minum at least dua kali sehari. Sekarang saya dah tambah dengan ambik tablet calcium magnesium Ostematrix dari Shaklee. Saya suka ambik tablet tu sebab kalau sakit kaki ke lenguh2
Alhamdulillah lega. Bagi yang selalu kena migrain ke atau sakit
kepala. Rajin-rajin ambil kalsium. Sebab kalsium ni salah satu
fungsinya adalah sebagai penenang semula jadi. Takde la kesan serta merta macam
makan panadol. Tapi dia akan mengurangkan severity sakit kepala dari masa ke
semasa. Kalau payah tidur pun elok makan kalsium dari makan ubat tidur.
Kalsium sangat penting bagi seorang wanita memastikan tulang mereka adalah pada tahap
yang sangat padat sebelum masuk umur 30 tahun. Sebab selepas umur 30an, berapa banyak ambik kalsium pun kepadatan tulang
akan menurun. Kalau tulang dah sedia ada reput. Lepas umur 60, huhuhu...jatuh sikit je dah retak tulang kita.
Graf kepadatan tulang wanita dan lelaki
Tak semestinya kalau sakit tu sebab kurang kalsium je. Tapi kekurangan
kalsium adalah penyumbang utama. Semua nutrisi yang
kita ambik memang saling berkait. Kalau kurang Vitamin C. Kalsium susah nak
diserap. So kena pandai balance kan pengambilan. Tak ada
nutrisi yang tak penting. Semuanya penting. Walau pun perlunya dalam jumlah
yang sikit. Banyak penyakit zaman sekarang adalah berpunca dari apa yang kita
makan.
Ostematrix Shaklee |
Sepintas Lalu Kandungan Ostematrix:
- Vitamin D:
- Calcium
- Magnesium
- Zinc
- Manganese
- Boron
Vitamin C Shaklee |
Kedua2nya saling berkait rapat..jika anda kekurangan vitamin C kalsium sukar untuk diserap sepenuhnya,so balancekanlah pengambilan nutrisi anda...
Sedikit info:
Sedikit info:
10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium
merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat.
Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan
kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti
osteoporosis atau osteopenia.
- Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
- Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
- Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
- Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
- Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
- Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
- Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
- Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
* Untuk membantu
menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada
tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola
makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa
pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta
kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.
- Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
- Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
untuk keterangan lanjut :0134502520
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.