Sunday, December 26, 2010

Nasihat al-Qamah - 5 cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1..Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..~
2..Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.. ~
3..Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..~
4..Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
 
dipetik dari:hjarshad blog

Tuesday, December 21, 2010

Tazkirah Hari Ini

Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini, kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti - Asy-Syahid Hasan Al-Banna 
"Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT tapi kenapa banyak DUGAAN, kadang-kadang kita minta KETENANGAN tapi MASALAH yang timbul, kadang-kadang kita minta KEBAHGIAAN tapi KEKECEWAAN yang diberi. ...DUGAAN menjadikan kita KUAT, MASALAH menjadikan kita BERFIKIR, KEKECEWAAN menjadikan kita TABAH..." Hebatnya ALLAH swt..Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini: "Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka ALLAH swt menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya)..." (Diriwayatkan oleh Anas bin Malik)

Tuesday, December 14, 2010

KEHIDUPAN MAKKAH 2: ** AMALAN2 DI BULLAN MUHARAM **

KEHIDUPAN MAKKAH 2: ** AMALAN2 DI BULLAN MUHARAM **: " Sebelum solat jumaat Asingkan perempuan keluar dari tawaf tempat Imam Imam membaca kutbah Hajar aswad di kawal pol..."

Nikmat MU

hidup ini banyak ujian dan cobaan....hadapilah dengan tenang wahai insan...jangan kau berduka lara dek kerana hal-hal dunia yang tidak putus2 menerjah hidup mu...jadikan ia sebagai penambah manis dan penyedap hidup ini...bak kata orang asam garam kehidupan...takkan nak best je...klu nak best n happy je itu namanya syurga..

Didunia kalau habuk kat rumah kena cuci, kena sapu sampah..kena mop lantai...makan nasi kena basuh pinggan...xsama mcm disyurga...senang sentiasa...makan pun xperlu ketandas selepas tu...Alhamdulillah...tp boleh ke nak masuk syurga dgn dhaifnya amalan kita?Padahal byk nikmat yang ALLAH bagi tp tidak kita syukuri...bak kata dlm lagu Zikraa:

Tiada kata secantik bahasa
Untukku tutur tanda syukur
Kering lautan menjadi dakwat pena
Namun tak sudah tak terhingga

Tapi ianya mesti dizahirkan
Sebagai tanda terima kasih
Dengan ucapan dengan perbuatan
Hati bersyukur dan berserah

Ucapan di bibir Alhamdulillah
Perbuatanmu ke jalan Allah
Nikmat diterima kau pulang untuknya
Mengabdi diri berbakti dengan manusia

Sungguh-Mu Tuhan tiada tandingnya
Pemurah-Mu tak kira siapa
Hatta mereka yang menderhaka
Yang bertaqwa nikmat tidak terhingga

Malunya daku pada-Mu Rabbi
Nikmat kau beri tidak terperi
Amal diriku cuai dan lalai
Namun harapku tetap tinggi

Sungguh banyak nikmat yang ALLAH berikan...bersyukurlah...banyakkanlah ibadah pada ALLAH bukan untuk ALLAH tp untuk senang hidup kita...

Ya ALLAH permudahkanlah urusan hidup kami dunia dan akhirat, murah kan rezeki kami dengan rezeki yg halal dan berkat...serta jadikanlah kami hamba yang tidak pernah lupa pada MU...aminn ya Rabb


Monday, December 13, 2010

Berbaik2lah Sesama Kamu

Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara...Jadi kamu berkasihlah antara kamu jangan berhasad dengki..kerana apabila kamu berhasad dengki maka akan berpecah belah la umat Islam dan orang bukan islam(kafir) mudah untuk menakluki kita..

Banyak orang xnampak kesannya..tapi apakah kita sedar bahawa hubungan kita dengan orang sekeliling tidak ikhlas dan ada kepentingan disebalik itu? JUJUR KAH kita jika begitu?Saya teringat dengan lirik lagu Hijjaz, 

"alangkah susah mendapat kawan, bukan kenalan di zaman ini, berpunca dari HATI yang ROSAK kerana DUNIA memeluknya"

Apakah faktor yang mendorong kita jadi begini?wujud dengki sesama kita contohnya rakan sepejabat xpuas hati sesama mereka dari segi gaji lah, kerja lah, baik dgn boss lah...mcm2lah..berkira sesama kita..bertengkar, mengumpat , xpuas hati....padahal sume org Islam...baikkah begitu?Jujurkah begitu? 

Sesetengah org mendabik dada dialah yang paling jujur, dialah yang paling rajin dan baik..menuding jari pada org lain salah itu dan ini...pernah tak dia CERMIN dulu dirinya sebelum menuding jari pd org lain?sedangkan SATU JARI dituding pada org EMPAT JARI lagi pada dirinya...tidak sedarkah dia?hurm??manusia2...

So, kesimpulannya bila DUNIA telah menakluki hati kita, kita akan jadi begitu HASAD DENGKI dan hilang KASIH SAYANG sesama kita...berubahlah sempena TAHUN BARU HIJRAH 1432 ini...sebab kita semua Islam, jangan bergaduh, jangan bertelagah, jangan mengumpat...

P/S: tanyalah pada diri sendiri adakah KIBLATNYA sama?
       adakah KALIMAH SYAHADAHNYA sama?
       adakah AL QURAN KITA sama?

       JIKA BEGITU MARILAH KITA BERSATU PADU ATAS NAMA ISLAM....

Sunday, December 12, 2010

Tazkirah Hari Ini

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)"