Tuesday, December 14, 2010

Nikmat MU

hidup ini banyak ujian dan cobaan....hadapilah dengan tenang wahai insan...jangan kau berduka lara dek kerana hal-hal dunia yang tidak putus2 menerjah hidup mu...jadikan ia sebagai penambah manis dan penyedap hidup ini...bak kata orang asam garam kehidupan...takkan nak best je...klu nak best n happy je itu namanya syurga..

Didunia kalau habuk kat rumah kena cuci, kena sapu sampah..kena mop lantai...makan nasi kena basuh pinggan...xsama mcm disyurga...senang sentiasa...makan pun xperlu ketandas selepas tu...Alhamdulillah...tp boleh ke nak masuk syurga dgn dhaifnya amalan kita?Padahal byk nikmat yang ALLAH bagi tp tidak kita syukuri...bak kata dlm lagu Zikraa:

Tiada kata secantik bahasa
Untukku tutur tanda syukur
Kering lautan menjadi dakwat pena
Namun tak sudah tak terhingga

Tapi ianya mesti dizahirkan
Sebagai tanda terima kasih
Dengan ucapan dengan perbuatan
Hati bersyukur dan berserah

Ucapan di bibir Alhamdulillah
Perbuatanmu ke jalan Allah
Nikmat diterima kau pulang untuknya
Mengabdi diri berbakti dengan manusia

Sungguh-Mu Tuhan tiada tandingnya
Pemurah-Mu tak kira siapa
Hatta mereka yang menderhaka
Yang bertaqwa nikmat tidak terhingga

Malunya daku pada-Mu Rabbi
Nikmat kau beri tidak terperi
Amal diriku cuai dan lalai
Namun harapku tetap tinggi

Sungguh banyak nikmat yang ALLAH berikan...bersyukurlah...banyakkanlah ibadah pada ALLAH bukan untuk ALLAH tp untuk senang hidup kita...

Ya ALLAH permudahkanlah urusan hidup kami dunia dan akhirat, murah kan rezeki kami dengan rezeki yg halal dan berkat...serta jadikanlah kami hamba yang tidak pernah lupa pada MU...aminn ya Rabb


No comments:

Post a Comment