Thursday, June 21, 2012

Pentingnya Vitamin C untuk Kita Semua

Disini saya petik kisah dari Kak Norita Mohd Idris (Cikgu Shaklee saya) berkenaan pengalaman beliau betapa penting Vitamin C perlu ada sebagai stok dirumah kita semua.

Arwah abah ibu meninggal pada tahun 1997 kerana diserang stroke...beliau mengalami paralyse separuh badan akibat makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Arwah abah memang mengidap darah tinggi maka pengambilan makanan berkolesterol tinggi telah menyebabkan penyakit beliau berada dalam tahap kritikal. Pada malam raya juga abah telah dimasukkan ke dalam hospital Muar untuk mendapatkan rawatan namun mungkin dah sampai waktunya panggilan Ilahi menyeru. Arwah abah meninggalkan emak ibu serta kami 7 adik beradik pada 14 syawal tahun itu...dan kini telah hampir 12 tahun ia telah berlalu namun seperti semalam ianya berlaku.

Ianya mengingatkan ibu agar berpada2 dalam menyambut kemeriahan Syawal. Hidangan yang ada di depan mata perlu diambil dengan beringat. Supplement juga penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Sekurang2nya jika tidak sempurna seperti orang lain, pastikan rumah anda mempunyai bekalan vitamin C....

Mengapa vitamin C? Ianya merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Walaupun untuk mendapatkan hasil yang terbaik memerlukan 3 rangkaian vitamin utama iaitu Beta Carotene, vitamin C dan Vitamin E namun memadailah jika anda hanya mampu menyediakan Vitamin C di rumah.

Vitamin C sangat penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen merupakan lapisan yang penting dalam menghubungkan setiap sel dalam badan kita. Tanpa kolagen yang kuat, kulit kita menjadi sensitif dan mudah tercalar serta lambat pula baiknya. Vitamin C juga penting untuk pembuluh darah...agar ianya tidak mudah rosak atau pecah. Vitamin C juga dikenali sebagai anti stress. Mereka yang senang tersentuh@sensitif, mudah merajuk , panas baran serta mood juga dikenalpasti mereka yang kurang vitamin C dalam badan mereka. Ianya juga penting untuk sistem ketahanan tubuh kita. Mereka yang mudah selsema, batuk dan demam juga dikaitkan dengan lemah antibodi maka golongan ini disarankan memastikan pengambilan vitamin C setiap hari secara konsisten.
Berapa banyak yang boleh diambil dalam sehari?
Dr. Bruce Miller menyatakan vitamin C boleh diambil sehingga 3000mg sehari dan bergantung kepada pesakit itu sendiri. Namun bagi kita yang sihat tubuh badan, memadai mengambil 500mg sehari sehingga 1000mg sehari. Cuba dapatkan vitamin C yang berlabel, sustained release atau pelepasan masa...ianya akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Pastikan vitamin C yang anda ambil tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh maka kita membayar sesuatu yang sia2.

Vitamin C Shaklee tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan. Ianya mempunyai perasa oren yang sebenar. Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 7 setengah biji oren bersamaan 500mg dan boleh anda bayangkan betapa masamnya ia?

Sepanjang ibu mengalami conjunctivitis ini, ibu mengambil sehingga 6 biji vitamin C sehari... Mengapa ibu berani mengambil sehingga 3000mg? Ini kerana ianya vitamin yang larut air dan akan dibuang dalam urin kita sebaik sahaja tubuh tidak lagi memerlukannya. Alhamdulillah rasa sangat2 lega kerana ini ialah penyakit dalam kategori virul infection dan ianya akan sembuh dengan ketahanan dari antibodi tubuh kita dengan sendiri. Ibu akan cuba sedaya upaya memastikan vitamin @makanan yang ibu ambil sekarang menjadi penawar kepada penyakit ibu kerana ibu yakin pemakanan yang berkhasiat menghasilkan tubuh yang sihat.

Namun perlu kita ingat bahawa bukannya mereka yang mengambil vitamin akan menjadi KEBAL dan tidak akan jatuh sakit...ini konsep yang salah. Sakit tetap akan sakit jika itu sudah tertulis dalam suratan takdir namun sekurang2nya kita tidak mengalami keadaan yang worst dan ia tidak memudaratkan diri sehingga kita mengalah pada takdir semata2.



pertanyaan lanjut:0134502520

No comments:

Post a Comment