Wednesday, May 15, 2013

Kenali Gastrik dan Merawatnya


Apa Gastrik ni sebenarnya? Dipetik daripada sini

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Jom cuba Energizing Soy Protein..mana tahu ESP boleh membantu menceriakan hidup anda.. dan boleh juga mencuba Peppermint Ginger Plus untuk merawat Gastrik anda.


 


Shaklee Peppermint-Ginger Plus contains Peppermint and Ginger which have been used for their soothing effects on the stomach, as well as Fennel and Anise. Recent clinical studies indicate that supplementing the diet with Ginger may help maintain a calm stomach (Pengambilan halia dlm diet dpt membantu melegakan ketidakselesaan perut)

Functions of Peppermint and Ginger:
(1) Soothing effects on the stomach.
(2) As a digestive aid or to calm an upset stomac


Untuk keterangan lanjut/berminat untuk menjadi ahli serta menambah pendapatan sampingan hubungi: Umi Nad'rah Amir Hamzah 0134502520 ID:880032(ANDA BOLEH MENGGUNAKAN ID SHAKLEE SAYA UNTUK MEMBELI DI MANA2 BRANCH SHAKLEE YANG BERHAMPIRAN)

Kehebatan Akhlak Rasulullah S.A.W

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW. Kemudian orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pesuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud :

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi) —

credit:peliharalahatikami.blogspot.com

Ya Allah mudahkan lah dan kuatkanlah daku mencontohi Rasulullah,terkadang sukarnya diriku untuk ISTIQAMAH dalam segalanya...
 
 Untuk keterangan lanjut/berminat untuk menjadi ahli serta menambah pendapatan sampingan hubungi: Umi Nad'rah Amir Hamzah 0134502520 ID:880032(ANDA BOLEH MENGGUNAKAN ID SHAKLEE SAYA UNTUK MEMBELI DI MANA2 BRANCH SHAKLEE YANG BERHAMPIRAN)

Thursday, May 9, 2013

OMEGA GUARD Shaklee & Rheumatoid Arthritis...

Hari ni saya nak berkongsi maklumat mengenai Rheumatoid Arthritis.saya petik dari blog mommiesaffiyah
Radang sendi atau artritis reumatoid merupakan penyakit autoimun (penyakit yang terjadi pada saat tubuh diserang oleh sistem kekebalan tubuhnya sendiri) yang mengakibatkan peradangan dalam waktu lama pada sendi. Penyakit ini menyerang persendian, biasanya mengenai banyak sendi, yang ditandai dengan radang pada membran sinovial dan struktur-struktur sendi serta atrofi otot dan penipisan tulang.

Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.
Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.
Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.
Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.

info: http://sangmentari.wordpress.com/2009/04/03/apakah-itu-rheumatoid-arthritis/


Rheumatoid Arthritis lebih sinonim dengan kaum wanita: Menyebabkan kekejangan sendi-sendi jari, pergelangan tangan dan kaki. Lazimnya menyerang pada waktu pagi.

Gout lebih sinonim dengan kaum lelaki: Mengakibatkan asid urik yang mendap dalam sendi-sendi dan lazimnya menyerang ibu-ibu jari kaki.


Cadangan mengatasi masalah Rheumatoid Arthritis, RA:
In the fight against RA, Omega-3 are a powerful ally. Inflammation in the joints is what causes the pain and stiffness charasteristic of RA. Omega-3 fatty acids contain compounds that help create anti-inflammatory substances, which suppress inflammation in and around the joints.
Apakah sumber terbaik asid lemak omega-3?
Sumber terbaik asid lemak omega-3 adalah minyak ikan yang ditemui dalam kepekatan tinggi dalam ikan coldwater seperti tuna, salmon dan mackerel. Kajian Denmark mendapati bahawa orang-orang yang memakan purata 4 oz ikan coldwater setiap hari selama 6 bulan dpt mengatasi kekejangan sendi pada waktu pagi dan mampu melembutkan sendi mereka. Beberapa kajian mencadangkan bahawa minyak ikan yang diambil dalam bentuk kapsul juga boleh mengurangkan gejala Rhematoid Arthiritis.

Shaklee Omega Guard
Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil. One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA.
Docosahexaenoic acid (DHA) and Eicosapentaenoicacid (EPA) are omega-3 fatty acids found in deep-sea cold water fish. DHA and EPA are known to reduce inflammation, promote proper brain, nervous system, and eye function and must be obtained through the diet.
Kenapa Shaklee Omega Guard?? Boleh lihat di sini ye. Omega Guard Shaklee.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet
Shaklee Advanced Joint Health Tablet is a proprietary formulation that features a combination of highly effective ingredients that have been shown to support mobility, flexibility, and the healthy functioning of joints. Shaklee Advanced Joint Health Tablet is made with a fast acting ingredient that works fast to provide nutritional support to the joints.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet contains a unique patent-pending, fastacting form of Boswellia extract, Corn Extract and other key nutrients including Zinc, Copper, Manganese and vitamin C to help bring joint comfort and mobility. By using plant and mineralbased ingredients, Shaklee Advanced Joint Health Tablet is a 100% vegetarian formula.
Untuk keterangan lanjut/berminat untuk menjadi ahli serta menambah pendapatan sampingan hubungi: Umi Nad'rah Amir Hamzah 0134502520 ID:880032(ANDA BOLEH MENGGUNAKAN ID SHAKLEE SAYA UNTUK MEMBELI DI MANA2 BRANCH SHAKLEE YANG BERHAMPIRAN)