Wednesday, February 20, 2013

Perkara yang menyebabkan gagal dalam penyusuan Susu Ibu

 Entry kali ini saya ingin kongsikan perkara yang boleh menyebabkan gagal seorang ibu menyusu bayinya dimana terlalu ramai ibu2 diluar sana salah tanggapan terhadap pengumpulan stok susu mereka ketika sesi mengepam. Saya tidaklah boleh dikatakan mahir dalam segala hal berkenaan penyusuan susu ibu, tetapi pengalaman anak pertama serta perkongsian ilmu2 dari ibu yang berpengalaman dapat saya simpulkan beberapa perkara patut ibu2 menyusu elakkan.

Perkara2 yang perlu ibu2 menyusu elakkan adalah:

1. Mengepam BREAST ketika bengkak sahaja
~ Signal akan dihantar untuk menghasilkan susu yang banyak adalah apabila adanya permintaan, kaedah ini dipanggil supply vs demand.Susu akan lagi banyak apabila permintaan kerap berlaku,bukan disebabkan BREAST bengkak. ingat !!! para ibu dinasihatkan tidak amalkan pam ketika breast bengkak sahaja,ini akan menyebabkan susu drop danjika terjadi begitu langkah seterusnya adalah "Power Pumping" iaitu kerapkan pam pada sejam sakali untuk kembalikan supply yang banyak. Untuk pengetahuan ibu2 breast hanya akan bengkak kerana pengambilan makanan yang tinggi protien seperti ESP dan alfalfa. Susu yang terhasil dengan banyaknya adalah berpunca dari pemakanan yang tinggi protien, sebagai contoh telur  dan daging. Tetapi jika terlalu banyak ibu2 mengambilnya lemak dari sumber makanan tersebut boleh menyebabkan kolestrol dan kegemukan kepada kita.jadi anda boleh elak dari gemuk dan kolestrol dengan  mengamlkan ESP(sumber protien yang tinggi) dan alfalfa sebgai booster.

2.Pengambilan minuman berGAS dan Ais.
~Tahukan ibu2 sekalian amalan minum minuman berGAS dan Ais secara perlahan2 mempengaruhi penghasilan susu ibu? Minuman berGAS dalam keadaan berterusan boleh menyebabkan ibu mendapat penyakit dan penghasilan susu ibu yang berkualiti terganggu, begitu juga minuman ais boleh menyebabkan pengecutan urat2 yang boleh mengaggu pengaliran susu dengan baik, Sebab itulah kita disarankan minum air suam, ia baik untuk urat dan menghalang sengal2 serta kebas. Air berais juga boleh mengakibatkan lemak2 yang diambil akan membeku dan mengaggu sistem penghadaman yang sempurna.

3. Pengambilan minuman berKAfien
~ Amalan minum minuman berkafien seperti kopi berbanding tehadalah bahaya dari segi kafien akan memusnahkan Vitamin B dan Vitamin C dalam badan kita. Jika ibu2 yang menyusu kurang Vitamin B dan Vitamin C ibu2 mudah mendapat penyakit dan letih. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan emosi ibu itu terganggu,kerana Vitamin B membantu menurunkan paras hormon stress sekali gus melancarkan peredaran darah. Begitu juga Vitamin C, ia sangat penting bagi ibu menyusu untuk mengelakkan ibu mudah mendapat selsema dan demam, yang boleh menganggu penghasilan susu yang banyak. Jadi saya sarankan ibu2 amalkan supplement Vitamin Bcomplex dan Vitamin C bg mengekalkan kesihatan yang baik seterusnya menjana pengahsilan susu ibu yang berkualiti.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
~Kebanyakkan supplement diet dipasaran tinggi kandungan fiber yang baik untuk ibu berdiet tetapi tidak pada kualiti susu ibu itu sendiri. Ini adalah kerana zat2 asli yang terkandung dalam susu ibu akan terganggu kerana susu ibu kaya dengan nutrisi lengkap untuk bayi. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pastinya susu ibu kelihatan cair berbanding ibu2 yang amalkan supplement sebagai tambahan kepada makan harian mereka yang mendapat susuibu lebih pekat dan enak, Alhamdulillah. Pengambilan supplement sebenarnya adalah penggantian kepada ruang2 kosong zat dalam badan bukan sebagai makanan 100% dalam diet kita. Jadi supplement diet ini tidak baik untuk dimalkan kerana ia juga mengganggu sistem penghadaman bayi, apa yang ibu makan pastinya tersalur kepada bayi juga.

5. Tidak bertawakkal kepada ALLAH
~ Ramai ibu2 yang lupa bahawa susu yang banyak adalah anugerah dari ALLAH, itu adalah ketetapan rezeki dari NYA, tetapi mengapa kita lupa untuk berdoa? Takkan tunggu susu dah kurang baru nak berdoa...kita adalah hamba ALLAH perlu sentiasa berdoa walaupun kita ada semuanya...tetapi jgn lupa doa mohon diampunkan dosa juga adalah doa...bukan setakat berdoa nak minta apa yang dihajati...mohon ampun dosa juga hajat kita.Saya pernah lalui saat yang sangat sukar apabila bersalin anak pertama susu susah nak kuar kata prang sbb nipple tersumbat, anak nak minum susu,tapi susu xbyk...ketika itu pula teknik menyusu belum mahir sy terpaksa bagi susu formula untuk kurangkan anak nagis sebab lapar,saya mohon pada ALLAH dengan rayuan dan rintihan moga ALLAH beri susu saya banyak n teknik menyusu saya mahir. Alhamdulillah 3 hari sahaja ALLAH bg susu banyak sampai bengkak2 dan teknik menyusu dapat saya kuasai perlahan2,dan hari keempat anak sy xperlu berlapar seperti hari2 sebelumnya...betapa kuatnya doa...sbb itulah kita perlu sentiasa doa dan bersyukur kalau pam dapat 2 oz pun syukur...ALLAH bagi..disamping usaha...kalau kita tidak syukur sebenarnya kita menstress kan diri kita, sekaligus ia mengganggu pengahsilan susu yang banyak.

Saya nasihatkan ibu menyusu:
1. Jangan stress ketika pam
2. Sentiasa doa ketika pam "Ya ALLAH banyakkan susu aku untuk anakku sehingga umur dua tahun"
3. Sentiasa bersyukur pada kuantiti hasil perahan kita
4. Berfikiran positive
5. Kerapkan pam,kerap kosongkan breast untuk kuantiti susu lagi banyak
6. Amalkan pengambilan supplement yang berkualiti dan selamat sebagai penggantian zat,nutrisi untuk kualiti susu yang baik serta kuantiti susu yang banyak.

Boleh refer entry ini Breastfeeding Set

Untuk pertanyaan berkenaan produk/menjana pendapatan hubungi:

~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID"880032

testimoni:

No comments:

Post a Comment