Sunday, December 30, 2012

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani

Assalammualaikum....

Entry2 sebelum ni sume cite tentang Produk Shaklee tapi tak cite lak tentang Pengedar nye...hehehehe..
Pertama sekali nak ucap Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH mempertemukan saya dengan Shaklee melaui Master Norita Mohd Idris. Saya Umi Nad'rah Amir Hamzah adalah SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR ID 880032 di Sungai Petani, Kedah. Mesti tertanya2 kan nape letak address blog yangbaiksahaja mcm xbusiness pun??ini adalah rahasianya..mula2 tulis blog sj suka2 nak belajar...pastu nak luah isi hati..pastu nak tulis kebaikan je..xnak jadi PENULIS JAHAT..dan sekarang nak tulis tentang kebaikan Vitamin serta Ilmu2 yang bermanfaat je...sebab tula nama blog ni yangbaiksahaja...

Saya mula berjinak nak mencuba produk Shaklee setelah anak berusia 9bulan dan ketika itu saya sebagai ibu yg fully breastfeed  mengalami masalah stok susu yang merudum.
Tercari2 produk yang baik,halal dan selamat  saya berjumpa kak N dalam group FB kumpulan ibu2 menyusukan. Dari situlah saya fikir nak start business bagi menjana pendapatan saya seisi keluarga. Bukan sahaja stok susu meningkat ,business pun masyuk gak...Alhamdulillah..rezeki dari ALLAH... 

Dalam masa menjana pendapatan dan stok menyusu,sy sangat teruja untuk mencantikkan kulit wajah saya dgn produk Shaklee sehingga kini Alhamdulillah perubahan berlaku pada diri saya sehingga saya melahirkan anak kedua pada 17 December 2012 baru2 ini. 

Antara kenapa saya memilih MLM shaklee ialah:

  1. MLM Shaklee tidak menindas downline kita dan bonus dibayar berdasarkan usaha sendiri mengumpul UV dalam ertikata lainnya pendapatan kita boleh melebihi pendapatn upline kita dengan usaha gigih.
  2. Confirmlah Produk Shaklee HALAL,selamat,berkesan dan tiada kesan sampingan.
  3. Harga produk shaklee jika dibandingkan sangat2 berpatutan dan menjimatkan.
Itulah sebabnya saya meilih Shaklee yang telah lama bertapak sehingga sekarang dan saya tetap setia bersamanya Insya ALLAH.

Anda berkeinginan menjana pendapatan bersama Shaklee?Kelebihan bersama Shaklee:


  • Anda boleh membeli produk FullPack dengan harga ahli serta MENIKMATI ganjaran dalam bentuk point seterusnya boleh dikumpul dalam masa sebulan dan jika layak akan menerima bonus tunai dari Syarikat.
  • Shaklee menawarkan 3 C: Cash, Car & Convention. Saya dan ramai Euphoria dah menikmati kelebihan ini.
  • Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dan tiada yang mustahil.
  • Kami memberikan training tertutup sekiranya anda berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan anda.
  • Modal serendah RM75 untuk pendaftaran ahli. [RM85 bagi Sabah Sarawak].
Jika anda berdekatan dengan branch Shaklee, boleh guna ID 880032 dan anda akan mendapat harga ahli dan anda berhak mendapat FREE CONSULTATION daripada saya.

Dibawah adalah Senarai Branch Shaklee:

Pejabat Cawangan :

Kuala Lumpur 31, Jalan 2A/27A, Section 1,  Wangsa Maju Setapak,  53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 6442  Fax: 603-4149 6313 
Hubungi :  Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu  (Pertama & Ketiga): 10:00 a.m. to 7:00 p.m
**************************************************************** 
Penang A-2, Jalan Todak 1, Pusatbandar Seberang Jaya,  13700 Perai.
Telefon : 604-397 4325  Fax: 604-397 4324
Hubungi : Cannie Teoh (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu  (Pertama & Ketiga): 10:00 a.m. to 7:00 p.m
****************************************************************
Ipoh 32, Medan Istana 1,  Bandar Ipoh Raya,  30000 Ipoh. Telefon: 605-241 8260  Fax: 605-241 8263  
Hubungi : Eunice Lau (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu  (Pertama & Ketiga): 10:00 a.m. to 7:00 p.m
****************************************************************
Johor Bahru 14, Jalan Molek 1/10, Taman Molek,  81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188  Fax: 607-352 4188 
Hubungi : Fiona Chow  (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu  (Pertama & Ketiga): 10:00 a.m. to 7:00 p.m
**************************************************************** 
Kota Bharu  319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra,  15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688  Fax: 609-747 7711 
Ahad hingga Khamis 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu  (Pertama & Ketiga): 10:00 a.m. to 7:00 p.m
****************************************************************
Kota Kinabalu  Lot 7, Tkt Bawah, Lorong Lengkuas,  Wisma Damai, Jalan Damai, Luyang 88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-272 087  Fax: 6088-272 089  Hubungi : Amir Bin Kissi (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu  (Pertama & Ketiga): 10:00 a.m. to 7:00 p.m


untuk keterangan lanjut:

Umi Nad'Rah Amir Hamzah
0134502520

Kegemukan - Faktor Penyebab

Dalam statistik kesihatan menunjukkan masalah kegemukan adalah faktor penyebab segala penyakit lain "hadir" dalam hidup kita sebgai contoh kolestrol,sakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan lain2 mempunyai kaitan dengan pemakanan kita yang tidak terkawal hadnya.

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.
Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. 

Disini saya ingin kongsikan maklumat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang beberapa sebab mengapa badan boleh gemuk. 

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda..

 2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia. 

3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

 4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

 5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

 6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot  secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

8. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

 9. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. 

Source: Punca Gemuk

Jika anda risau tentang berat badan anda jom bershaklee dengan kami dan merasai perubahan2 yang sanagt selamat sehinggakan ibu menyusu juga boleh menggunakannya tanpa memberi kesan kepada bayi yang menyusu.

Set Kurus yang boleh dipilih mengikut kemampuan

Disini adalah cadangan untuk anda set kurus Shaklee yang lengkap dgn sumber protien untuk membina otot anda supaya lemak yang disingkirkan tidak meningglkan kesan menggeleber serta memberi tenaga dan tahan rasa lapar.

untuk keterangan lanjut/ingin menjana pendapatan bersama shaklee hubungi

Umi Nad'rah
0134502520


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases












ESP Shaklee Paling BEST!!!!



Assalammualaikum, ALhamdulillah saya telah selamat melahirkan anak yang kedua, telah diberi nama Ku Aisyah Assiddiqah Binti Ku Ibrahim. Alhamdulillah dah nak hujung tahun ni ada perkara nak di kongsikan dengan pembaca serta customer saya berkenaan ESP Shaklee yang baru sahaja saya tersedar bahawa rambut sy yg sekian lama gugur dgn banyaknya telah kurang dengan ketara sekali.

Dahulu start dari saya form 3 saya sedar bahawa rambut sy akan gugur setiap kali mandi, bersyampu, dan menyikat rambut. Setiap kali gugur Masya ALLAH sengenggam rambut yang gugur, cuma saya bernasib baik sbbnye baby hair tumbuh gak,kalau tak botakla kepala sy ni. Kalau kat lantai rumah tu mmg akan ade rambut yg gugur ,klu sapu lantai ni sehari byk kali sbb rambut je....

Sejak saya kenal Shaklee dan mencuba ESP(Enrgizing Soy Protien) selama 2bulan barulah perubahan yang sgt mendadak sekali kalau sikat tu adela gugur 2-5 helai itu pun sbb dalam pantang bersalin kena ikat rambut sentiasa. Dan paling terkejut bila bangun tidur rambut kusut pun xde yang gugur setelah disikat. Alhamdulillah...xdelah risau mcm2..

Nak Tahu Apa itu ESP?? :

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.




•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.




•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.




•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Kepentingan Protien di dalam badan adalah kerana:

Protien adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia > bermaksud jika sel kulit anda adalah seperti ini


  ia tidak sekata bermakna cell anda tidak sihat dan terdapat kelemahan dalam sitem kulit anda. Oleh kerana itulah pada sesiapa yang mengalami masalah jerawat sukar untuk atasi jika cell badannya tidak sihat.

Jika badan anda mempunyai protien yang cukup ia meransang fungsi psikologi untuk menghasilakan sistem imun yang baik serta membantu dalam pertumbuhan tisu yang baik









Manfaat Utama:


  1. Awet Muda
  2. Baik untuk hormon
  3. Membantu menurunkan paras kolestrol 
  4. Mencegah penyakit jantung
  5. Meransang pembentukan semula kulit dan otot
  6. Pembekal tenaga dan lain2
untuk mengetahui maklumat lanjut/menjana pendapatan bersama Shaklee, hubungi

Umi Nadrah 
 0134502520

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Testimoni lain:

Testimoni Customer (Ibu menyusu)



Thursday, December 13, 2012

Cara Mudah Hilangkan Jerawat & Parut Jerawat

Cara Mudah nak hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat.....



1. Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai tidak perlu kerap cukup hanya 2kali sehari.

2.Amalkan meminum air masak 2 -3 litre sehari dan sukatannya adalah (setiap berat anda 25kg = 1litre air) anda dinasihatkan mengunakan botol yang ada sukatan.

3. Dapatkan tidur yang mencukupi dan relekskan diri anda untuk emosi yang stabil

4. Kurangkan makanan yang berminyak dan bergoreng

5.Banyakkan mengambil buah2an dan sayur2an segar

6. Cuba untuk amalkan Vitamin B Complex + Vitamin C + Vitamin E (jika anda mempunyai budget lebih boleh ditambahkan dgn Vitamin A(beta Carotene).

7. Bagi menghilangkan parut dengan cepat pengambilan protien berterusan amatlah membantu menghilangkan kesan dan parut jerawat, mulakanlah dengan Energizing Soy Protien (ESP). Anda dinasihatkan jangan memicit jerawat dengan jari anda.

Vitamin B , C dan E


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

hubungi : 0134502520(Umi)
email:masnira_afifah@yahoo.com


Wednesday, December 12, 2012

Kehamilan - Bacaan HB "Cantik"?

Alhamdulillah,sekarang dah masuk 39 minggu saya mengandung dan minggu depan 17.12 dijangka bersalin.Takut tak?Risau tak?? hehehe..bohonglah klu tak takut nak bersalin sebab sakit, risau tu mmg ade...yelah klu difikirkan sakit bersalin itu adalah 1 kesakitan dari 99 kesakitan menghadapi Sakaratulmaut...aduhhh xdapat nak bayangkan nak melahirkan seorang khalifah dimuka bumi ini...besar sungguh pengorbanan seorang ibu...

Baru ni gi wat checking perut dgn nurse,setiap kali nak gi appointment mesti terfikir "alamak arini kena check HB la...huhuhu risaunye sbb diri ini kurang ambil iron,sbbnye xleh nak telan sgt,hehehe actually ade sedikit kemalasan dalam diri ini except sy tetap teruskan mengambil Ostematrix,B-Complex, Vitamin C dan ESP....Alhamdulillah ALLAH beri kebaikan pada ku, HB tetap cantik dan tak pernah turun bacaannya dari 12.0...

Bila dikenangkan balik, berbeza ketika mengandung anak pertama dahulu, mkn tiap2 hari ubat IRON + ASCORBIC ACID(Vitamin C) tp tetap HB naik turun dan sampai ketahap bacaan paling rendah 10.6...ya ALLAH macam2 la kena berleter dgn nurse...pk2 balik dah la nak telan iron hospital tu bukan mudah,tp HB xcantik...Sekarang dan kenal Shaklee walaupun sy makan Vitalea with Iron tu tidak tiap2 hari malahan hampir sebulan xmakan lansung, Alhamdulillah bacaan HB tetap cantik n maintain...

So, jika anda seorang ibu yang sedang mengandung, terasa sangat LETIH nak layan anak dan suami,nak uruskan hal rumah tangga ,nak siapkan kerja2 dipejabat..adoiiii sakit kepala n sangat2lah letih, jom cuba amalkan Set Mengandung Shaklee yang dengan izin ALLAH membantu anda untuk tidak Merasa Letih, bertenaga,semangat serta ia juga untuk kebaikan perkembangan bayi anda serta kesihatan anda.

Cepat hubungi saya untuk mengetahui set mengandung yang sgt menjimatkan dan ia juga merangkumi sebahagian set bersalin untuk anda..


Set Mengandung yang di cadangkan
Jika nak tambah dengan ESP dan Omega Guard juga boleh,untuk keterangan Vitamin tersebut sila CLICK LINK  ini......

 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.

hubungi: 0134502520
email:masnira_afifah@yahoo.com

Testimoni:

Sunday, December 2, 2012

Nak Mudah Hamil :gunalah GLA Shaklee

Assalammualaikum ingin tahu tips mudah hamil dengan GLA Complex Shaklee?


GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu dan sangat dicadangkan.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur.


Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.


Antara kebaikan dan Manfaat GLA Complex shaklee adalah:


1. Melancarkan perjalanan darah bagi membantu dalam masalah ketidaksuburan pada lelaki dan wanita. Ia menguatkan otot organ lelaki dan membaikpulih fungsi uterus.

2. Asid lemak menjaga kecantikan kuku, rambut dan kulit kepala.

3. Mengurangkan ketidakselesaan semasa pra-haid (PMS).

4. Mengawal penyakit2 kewanitaan seperti endometriosis dan ketulan pada payudara.

5. Mengelakkan kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes.

6. Mengurangkan simptom ekzema

7. Membantu  pesakit Alzhiemer.

GLA Complex Shaklee bukan setakat untuk mudah hamil malahan ia mempunyai banyak kelebihan berbanding EPO,

Hubungi saya:0134502520
ID:880032



Wednesday, November 21, 2012

Ostematrix baik untuk SEMUA

Alhamdulillah sekrang dah masuk 36minggu sy mengandung anak kedua,dulu lain ms preggy anak first minum susu anlene je sbb xkenal lagi Shaklee,bila waktu menyusu tiba brlah kenal Shaklee...heheheh..So dah preggy ank kedua,mmg mls nk minum susu dan xlalu nak minum,xtau lah nape.Mungkin alah susu kot...so alternatifnye sy ambil ostematrix dari start preggy smp skrg,klu stok nk abis akan susah hati if order stok kat shkalee lmbt smpai..hahah begitu penting Ostematrix pd diriku...

Tahu kenapa bagi saya sendiri mudah makan Oste berbanding minum susu?
1.Malas nak bancuh susu sebelum tidur dan diwaktu pagi
2.bila minum susu nak termuntah lak,mkn oste mudah untuk telan
3.bila banding harga susu untuk sebulan dan oste ???plg murah oste rm49(per month) susu(rm22 per two weeks)
4.minum susu segelas xcukup,sbb tetap gak kebas n kejang,mkn oste xjd Alhamdulillah
5.makan oste sj pun HB dah ok, minum susu coklat terus xok,sbb klu mls mkn iron abis la HB(hemoglobin) menurun dgn teruk

so jom le makan ostematrix pd ibu2 yg mengandung,melahirkan(dlm pntang)dan menyusu,ia sangat2 membantu anda menghadapi maslah Osteoporosis.

Nak tahu kelebihan Ostematrix Shaklee:
Ostematrix adalah kalsium,magnesium yg lengkap dgn Vitamin D. Tnapa Vitamin D ynag mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata2 dan ini adalah sangat bagus kerana dapat mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium amat penting bukan hanya untuk tulang malah ia untuk pembentukan sel darah. Disebabkan badan kurang kalsium ia kan ambil dari tulang dan gigi sebanyak 1%.Memang ckit,tp klu xpernah refill kalsium??tggal bape je dalam tulang dan gigi.tul tak? Palimg teruk kesannya adalah pada wanita yg telah melahirkan anak jika anda kekurangna kalsium statistik untuk mendapat Osteoporosis @ kerapuhan tulang amat tinggi.
Antara kebaikan ostematrix:
-menguatkan tulang
-memperbaiki kekejangan dan kebas2
-meringankan stress
-memperbaiki masalah haid
-memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik

Ingat, Kalsium bukan ditujukan kepada wanita shj tp untuk semua,tmbahan pd ibu mengandung,melahirkan dan menyusu amat memerlukannya .Bagi pengguna yg mengalami kemalangan yg teruk amat digalakkan untuk mengambilnya.

 anda ingin mencuba,hubungi saya:

0134502520(umi)
id shaklee:880032


Sunday, November 18, 2012

Jom Berdiet Dengan Cinch Shake Mix....Anda pasti teruja




Anda ingin berdiet?Kenapa kebanyakan Diet anda GAGAL?
1.Kekurangan Nutrisi
2.Hasil Yang lambat
3.Sukar untuk anda ikut peraturan DIET itu
4.Berhenti DIET berat makain bertambah

Akhirnya kita hilang sabar untuk menunggu DIET kita berjaya

JADI....

Jom mencuba CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine  merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).

Campuran Proprietari Protein dengan Leusine
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


Ada 3 perisa:
Cafe Latte,Vanilla dan Coklat

hubungi sy: 0134502520(umi)
ID Shaklee:880032

Wednesday, November 14, 2012

Boleh Ke Hanya Amalkan ALFALFA sahaja?




Assalammualaikum, disini sy ingin kongsikan info yang saya petik dari blog Guru Shaklee saya, jom pakat2 ambil info untuk kebaikan anda....


Ramai yang bertanya, boleh saya nak beli alfalfa sahaja? Jawapannya saya, boleh. Adakah ianya bagus untuk penyusuan? Jawapan saya, ya insyaAllah asal 3 syarat lain dipenuhi iaitu sesi perahan yang konsisten, minum air lebih 3 liter sehari dan DOA yang berterusan.

NAMUN HAKIKATNYA, 
Mana yang lebih baik, meja 4 kaki atau meja satu kaki?
Orang yang melihat pada KUANTITI sahaja mereka akan mencari produk yang membantu membanyakkan susu semata-mata.
Tapi JIKA anda ialah ibu yang bijak dan MEMENTINGKAN PEMAKANAN dan ingin memastikan susu anda penuh NUTRISI, pasti apa yang ibu sarankan terutama supplement yang disenaraikan dalam set menjadi pilihan.

Adakala si ibu keletihan berpunca kerana kekurangan air dan kalsium. Adakala ibu terlalu moody disebabkan kurangnya B complex. Adakala ibu itu kekurangan darah kerana kurangnya zat besi. Maka Alfalfa hanya sebahagian yang membantu tetapi bukanlah menyeluruh.

Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin *Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex *Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C *Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa *Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Memang alfalfa kaya dengan protien, kalsium dan garam mineral tetapi ia bukanlah supplement yang menyeluruh sehingga kita tak perlu amalkan vitamin B, C dan multivitamin. Sudah pasti Multivitamin, B dan C mempunyai peranan yang berbeza dan saling berkait antara satu sama lain.

Kini pilihan ditangan anda :)



CREDIT


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Maklumat Lanjut hubungi:

Umi Nad'rah Amir Hamzah
013-4502520
masnira_afifah@yahoo.com

Tuesday, October 2, 2012

Set yang mana paling sesuai untuk saya??


Jom lihat set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum)* – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding)* – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu).  Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1* – set B1 adalah  set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement)* – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster *– set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare)* – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) *– set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin)* – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai)* - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) *– khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1* – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2* – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set *- set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

credit


Pakej di atas disediakan untuk memudahkan anda memilih. Namun jika keperluan anda adalah berlainan, anda boleh menghubungi saya seperti di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

whatsapp/call/sms: 0134502520



Monday, September 10, 2012

Apa perbezaan Vitamin C Shaklee?

Mari kita luangkan masa untuk membaca artikel yg saya petik dr penulisan Cikgu saya Puan Norita Idris:


Apa itu Vitamin C?


Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenisvitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.[1] Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.[2] Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.

Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.[3]





Mejoriti besar spesies haiwan dan tumbuhan mensintensis vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C.
Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia di barat, produk haiwan bukanlah merupakan sumber vitamin yang terpenting lagi. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[9] Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.

sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Vitamin_C#section_1

Apa fungsi Vitamin C sebenarnya?
1. Membentuk kolagen. 
2. Membaiki Simtom Pendarahan
3. Peningkatan sistem imun.
4. Memerangi kanser
5. Mencantikkan kulit.
6. Memperbaiki insomia
7. Membantu mengekalkan kolstrol sihat.

*****************************************************************************************************************

Shaklee juga mempunyai Vitamin C iaitu diberi nama Sustained Release Vitamin C 500mg.
Apakah perbezaan Shaklee?*
"Sains pembebasan secara berterusan secara semulajadi" Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya[500mg] dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee [ di dalam jurang masa 5 jam] mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid [ 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kuit buah] yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemapuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


pen � a ` �� in C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[9] Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.

sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Vitamin_C#section_1

Apa fungsi Vitamin C sebenarnya?
1. Membentuk kolagen. 
2. Membaiki Simtom Pendarahan
3. Peningkatan sistem imun.
4. Memerangi kanser
5. Mencantikkan kulit.
6. Memperbaiki insomia
7. Membantu mengekalkan kolstrol sihat.

*****************************************************************************************************************

Shaklee juga mempunyai Vitamin C iaitu diberi nama Sustained Release Vitamin C 500mg.
Apakah perbezaan Shaklee?*
"Sains pembebasan secara berterusan secara semulajadi" Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya[500mg] dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee [ di dalam jurang masa 5 jam] mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid [ 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kuit buah] yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemapuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Email: masnira_afifah@yahoo.com
hp/whatsapp:013-4502520
fb: Umi Nad'Rah Ku Ibrahim