RAMAI yang mengadu bahawa
mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang
nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak
mahu turun-turun.
Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit
sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan.
Disini saya ingin kongsikan maklumat daripada National
Heart Lung and Blood Institute tentang beberapa sebab mengapa badan
boleh gemuk.
1. Tenaga yang tidak
seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada
pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai
tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga
yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga
yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui
pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman
dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa
menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda..
2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita
yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup
yang tak aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen
atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh
dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah
aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya
katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam
menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan
ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak
menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah
semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita
mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke
kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.
3. Genetik dan faktor
keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak
awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah.
Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk
adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga
mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi
di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh.
Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan
faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam
tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan
merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi
nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan
berat badan anda.
5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh
mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang
diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu
meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam
tubuh.
6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita
terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung
akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.
Ramai orang yang sedang berada di dalam
keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup,
untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula
kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang
kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan
kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko
penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan
nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk
mendapat kegemukan.
8. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan
anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk
turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa
mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas
melahirkan anak.
9. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur
masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur,
anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa
anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar
penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal
kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda
kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula
yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit
diabetes.
Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur
secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam
badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang
bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur,
anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh.
Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.
Source: Punca Gemuk
Jika anda risau tentang berat badan anda jom bershaklee dengan kami dan merasai perubahan2 yang sanagt selamat sehinggakan ibu menyusu juga boleh menggunakannya tanpa memberi kesan kepada bayi yang menyusu.
Set Kurus yang boleh dipilih mengikut kemampuan |
Disini adalah cadangan untuk anda set kurus Shaklee yang lengkap dgn sumber protien untuk membina otot anda supaya lemak yang disingkirkan tidak meningglkan kesan menggeleber serta memberi tenaga dan tahan rasa lapar.
untuk keterangan lanjut/ingin menjana pendapatan bersama shaklee hubungi
Umi Nad'rah
0134502520
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
No comments:
Post a Comment