Thursday, February 28, 2013

Tips Meransang Kehamilan



10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yg Disarankan
Hamil dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui pengalaman mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada sesetengahnya memerlukan bantuan atau melakukan teknik-teknik tertentu sebelum terjadinya kehamilan.


Kepada anda yang menghadapi kesukaran untuk hamil, barangkali anda boleh mencuba TIPS berikut:
1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung
.
2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur.
3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.
4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.
7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil.
8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma).
9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha, meminta lah kepada NYA. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan:
Ada pun doa-doa yang bisa dibaca bagi seorang muslim agar diberikan kehamilan dan keturunan, diantaranya : Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)
Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri:
1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vitalea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InshaAllah..
TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:



1. Doa
2. Berusaha untuk kurus
3. Exercise 30 minit setiap hari
4. Makan supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Folic Acid
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan masa 3-6 bulan untuk dilihat keberkesanannya

sumber

Maklumat produk/ingin menambah pendapatan sampingan,hubungi:
~ Umi Nadrah Amir Hamzah
~ 0134502520
~ ID:880032

Supplement Untuk Bakal Pengantin

 Alhamdulillah, kad jemputan kahwen dah semakin banyak, bila tengok sehari sampai 3,4 kenduri....banyak ney...hehehe..orang nak kawen la katakan...bila tgk gambar orang kawen teringat masa sesi photo shoot...aduhhh penat sungguh dan tersangatlah berpeluh...mana taknya posing sakan..macam kita je yang kawen..haha..org tgk pun xrasa malu ....tapi itulah detik indah yang sukar tuk dilupakan...hihihi..

So,entry kali ni saya nak perkenalkan Supplement khusus untuk bakal pengantindari produk Shaklee. Ramai yang tanya ada ke produk shaklee kuarkan tuk set pengantin...hehehe..ini adalah cadangan kesihatan..kita usaha ALLAH yang beri...




Sedikit Info tentang Supplemen Di atas:

Vitamin E Complex
Vitamin E dan Selenium membantu kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki memerlukan Selenium lebih berbanding dengan wanita kerana lelaki akan kehilangan Selenium melalui pengeluaran air mani. Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan penghasilan sperma yg berkualiti.

Zinc Complex:
Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Untuk isteri, zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron, sekaligus mengurangkan risiko keguguran di awal kehamilan. Bagi suami pula, pengambilan zinc membantu dari segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

B-Complex
Suplemen B-Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural, ia juga menurunkan paras stress yang boleh menyebabkan perubahan hormon.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dlm tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kuliti sel sperma. Sperma yg tidak tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah utk bersenyawa dgn ovum

Vitalea with Iron
Vitalea atau multivitamin engandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

Alfalfa Complex
Wanita paling baik mengamalkan Alfalfa  terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, ia juga membantu mengatasiatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah) malah ia lebih dari kacip fatimah.

GLA Complex
GLA amat popular dikalangan wanita,ia diamalkan terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”.
Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

So, padabakal pengantin,jom bershaklee dengan saya,insya ALLAH anda akan mendapat kebaikan dari produk kami yang tiada kesan sampingan serta selamat.

Maklumat Lanjut berkenaan produk/ingin menambah pendapatan hubungi:
 ~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID:880032

Tuesday, February 26, 2013

Family Wellness Set Shaklee

 sumber
Apakah vitamin yang boleh diamal seisi keluarga. Bak Kata Kak N "Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi memikirkan kasih saya terhadap suami tercinta dan anak yang dikasihi, kesihatan kini menjadi keutamaan ditambah hari ini penyakit datang tanpa di duga"
Apakah set yang paling sesuai untuk sesisi keluarga?

Saya memperkenalkan Family Wellnes yang terdiri daripada Energizing soy protien [ESP], B complex, Vitamin C dan Vitalea




ESP adalah protien. Sel kita terbina dari protien, dan memang kita boleh dapatkan protien dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protien adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Iaitu protien hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari itu protien mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas. Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protien sebenarnya. Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protien. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.
Tips bagaimana nak bancuh untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/ manggo dalam satu jug  maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.


Vitalea dengan formula zat besi
Tanpa zat besi secukupnya kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah. Maka pengambilan multivitamin tidak boleh dipandang rendah. Dalam Vitalea, terdapat 12 jenis vitamin dan 7 galian  yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.
Tips untuk beri pada anak umur 6 tahun dan ke atas : bagi yang boleh telan tidak menjadi masalah tetapi bagaimana nak bantu mereka yang tak boleh nak telan? Hanya bancuhkan bersama dengan minuman seperti milo O [ tanpa susu] atau apa2 jus buah-buahan. Dalam masa 5-7 minit kacau air tersebut dan berikan anak anda minum dan mereka akan mendapat khasiat Vitalea Shaklee dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga boleh menyediakan Vitalea chew Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.

B complex
Kenapa ramai kita mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Ini kerana B complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil , pengambilan pil perancang , merokok dan keletihan melampau. Maka B complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian dengan senyuman dan hati yang tenang.
Tips untuk makan seisi keluarga : sediakan B complex dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas.

Vitamin C
Jika anda mampu untuk makan 3-4 jenis potongan buah setiap hari, insyaALLAH anda berusaha memastikan keperluan vitamin C dalam tubuh anda sentiasa terjamin. Namun tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja? Ini kerana Vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.
Tips untuk makan seisi keluarga : sediakan Vitamin C dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas. Anda juga boleh menyediakan vitamin C chew Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.


Seorang ibu perlu kreatif dalam menyediakan supplement untuk anaknya. Saya sendiri memastikan anak-anak saya mengambil vitamin tertentu demi memastikan mereka kekal sihat, bertenaga dan ceria sepanjang hari. Supplement tidak seharusnya diberi kepada anak yang berumur 1 tahun ke bawah kerana nutrisi itu boleh di dapati dari susuibu dan sangat bagus apabila si ibu itu menjaga pemakanannya. Supplement bukanlah satu yang dijadikan ubat dikala anak sakit tetapi dijadikan pendinding yang membantu mengukuhkan lagi antibodi anak anak di kala mereka sihat. Jadikan prinsip mencegah lebih baik dari merawat. InsyaALLAH sebagai ibu  dan bapa, bila anak sihat kita juga tenang dan sejahtera.

Set Family Wellness Shaklee sesuai diambil untuk seisi keluarga termasuklah ibu yang menyusukan anaknya. Bila seluruh keluarga sihat, maka kita berusaha kekalkan kesejahteraan dan keharmonian keluarga kita. Keluarga bahagia menjana ummah yang berjaya.


Maklumat Lanjut berkenaan produk/ingin menambah pendapatan hubungi:
 ~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID:880032

Monday, February 25, 2013

Tips Kurus dan Sihat dengan Lecithin Shaklee

Semoga menjadi inspirasi untuk anda yang ada keinginan nak kurus ye..Jom la kita sama-sama kurus ye :
SUNGGUH TERUJA! 

Shaklee Lecithin Turun Berat Badan 15 Kg dalam 2 Bulan 

Apa yang berlaku sehingga ramai anda diluar sana ingin mendapatkannya?? Berikut ialah Pengakuan BENAR dari seorang teman istimewa yang juga merupakan loyal customer saya, Datin Walis :)

Ya BENAR!! 15 KG dalam masa 2 BULAN! Datin Walis merupakan ibu gigih yang ingin menjayakan penyusuan esklusif beliau, seorang wanita jelita (memang cun!) dan sgt menjaga penampilan beliau. Apa yang beliau amalkan?


Bagi menjayakan penyusuan susu ibu, beliau mendapatkan Breastfeeding Set E dan untuk menurunkan berat badan beliau mengamalkan pengambilan SHAKLEE LECITHIN.

Info penting yang anda perlu tahu tentang SHAKLEE LECITHIN!



LECITHIN

Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.

Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya
Fat Emulsifier - Metabolisma lemak

KANDUNGAN
 
* Asid linoleik (essential fatty acid) ? amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.
* Kolin - satu komponen neurotransmitter
* Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
* Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN
1. PALING UTAMA - untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
* Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
* Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
* Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
* Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA
* Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
* Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN
* Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL
* Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
* Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG) * Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
* Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
 
* Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
* Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE
 
Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
* Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
* Kepekatannya.
- 1 kapsul :
* 520 mg lecithin
* 78 mg phosphatidycholine
* 47 mg phosphatidylinositol

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU 

Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.


JOM SELANGKAH LEBIH SIHAT BERSAMA SHAKLEE!


source 

Maklumat Lanjut berkenaan produk/ingin menambah pendapatan hubungi: ~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID:880032

Rawat Ekzema dengan Shaklee

Assalamualaikum…
Hari ni saya nak kongsikan salah satu produk Shaklee yang insyaAllah dapat mengubati ekzema terutama pada kanak-kanak. Ini salah satu usaha tapi jangan lupa berdoa ya. Kerana penyakit itu makhluk Allah, ia datang dan pergi dengan izin Allah.
Yang sebenarnya saya nak cerita tentang ekzema. Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.
Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan berulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau…Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!
Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.
Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. Dia kelihatan lebih montel dan lebih berselera menjamah makanan. Tapi masih menjadikan susu sebagai makanan utamanya. Tak pa lah, janji sihat. Bijak pun bijak.
Selain Meal Shake dan ESP, saya bagi Aisyah Omega 2 kali seminggu. Omega ni saya dah mula seawal umurnya setahun dulu. Aisyah memang sukakan Omega, dia kunyah je pastu telan.
Walaubagaimanapun ESP boleh dicuba oleh kanak-kanak bermula seawal usia setahun. Jika bayi anak yang di bawah setahun dan menyusu badan, anda bolehlah makan alfalfa untuk membantu mengurangkan eczema anak. Selain itu, amalkan mencampurkan setitik dua Basic H ke dalam air mandian bayi.

sumber

testimoni:





Maklumat Lanjut berkenaan produk/ingin menambah pendapatan hubungi:
  ~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID:880032