Thursday, June 30, 2011

Doa Seorang Hamba - Part 1

Assalammualaikum….
Pada 18.6.2011 saya telah menghadiri kuliah Dhuha di Surau Alhidayah di Taman Ria jaya SP,yang telah di sampaikan oleh Alfadhil Ust Hj Aminuddin Abd.Rahim. Beliau membacakan huraian dari kitab Riyadus Solihin tajuknya adalah bab DOA. Disini saya ingin berkongsi dgn sahabat sekalian ttg doa. Adakah kita tahu doa mempunyai babnya2 yg kita tidak patuhi dan hindari untuk mudah dimaqbulkan ALLAH S.WT. Ya dlm ilmu tasawwuf mmg tugas kita hanya berdoa dan memaqbulkan itu adalah ALLAH yang maha pengasih lagi maha pennyayang. Tapi ramai org tidak sedar dan bersangka buruk pula dgn keluhan2 penatnya doa tp xdapat2 pun, padahal ada syarat2 yg tidak kita patuhi selamamana kita berdoa.
8 Syarat2 Doa Mustajab: 
1.  IKHLAS
Paling penting setiap perbuatan yg kita lakukan adlah kerana ALLAH. Ikhlas kerana ALLAh adalah apabila kita melaksanakan ikrar janji kita dalam solat iaitu “sesungguhnya solatku,ibadahku hidupku &  matiku hanyalah untuk MU ya ALLAH”. Segala kerja buat kita adalah kerana ALLAh bukan kerana makhluk. Ya senang diungkapkan typ tidak mudah dilaksanakan.Tapi cubalah bimbing hati kita untuk ikhlas kerana ALLAH dan tidak mengharap balasan dr manusia tetapi mengharap redha ALLAH. Iklas kerana ALLAH juga adalah meletakkan hukum2 ALLAH  mengatasi segalanya. 

2.      BERSABAR
Tidak berputus asa dlm berdoa dan bersungguh2 dalam doa itu penting. Ibarat jika kita minta pertolongan dr sahabat kita, mestilah dgn kesabaran takkan bila dia xbagi kita nak melenting dan marah padanya. Dan jgn sesekali berkata “apalah aku doa byk kali dah bertahun2 tapi ALLAH xbagi2 pun” salah perbuatan tu sbb ALLAh shj yg tahu bila dan waktu yg sesuai DIA memaqbulkan doa kita. 

3.      BERTAUBAT KEPADA ALLAH
Ini adalah yg jarang kita nak buat. Kita anggap taubat tu tggu nak mati, tggu susah hidup ni, tggu Tsunami mai pulak kali ketiga atau keempat, ataupun tggu nyawa dah sampai di kerongkong barulah nak taubat, tanggapan itu salah sbb setiap hari kita kena bertaubat dan mohon ALLAH ampunkan dosa kita. Bila setiap hari minta itu maknanya kita sedar kita byk dosa dgn ALLAH. Jangn tggu tersepak batu baru nak tengadah dan jgn tggu bagai jatuh ditimpa tagga kena pulak tahi ayam…aduihhhh sakitnya badan…bertaubatlah setiap hari setiap masa sekurang2nya ucaplah Astaghfirullah….. 

4.      Makanan, minuman dan harta yang halal
Tahukah sahabat sekalian di Malaysia kaum yg melopori mengeluarkan makanan segera adalah kaum bukan islam? Tp itulah salah kita semua, rajin ja guna tp tak mau cipta sendiri. Sebagai contoh produk2 org ISLAM keluaran HPA, HR Marketing dan sebgainya kita tak beli pun, kita sokong pun, tp byk yg kondem dan ramai lagi yg tak tau jika ada cop IMP(Islamic Manufacturing Product) itu inysaALLAH produk itu halalan toyyiba kerana mengikut syrat2 islam Rasulullah ada bersabda dahulukan makan makanan yg halal baru buat amaln, jika makanan xhalal atau shubhah(ragu) amaln kita tak diterima…nau’zubillah….. Dalam Alquran ayat ALLAh yg paling panjang adalah bab harta yg halal, jadi carilah dan dptkanlah harta dari harta yg halal. Contoh yg paling kita tak sedari adalah mencuri masa dan waktu bekerja dipejabat dgn hal2 yang lain untuk kepentingan diri sendiri, menggunakan harta benda pejabat untuk diri sndiri,..pernah tak kita fikir yg kita telah mendapatkan income kita secara shubhah?Adusss…takutnya…bersihkanlah harta mu dgn jalan bersedeqah dan zakat….

Itu perkongsian sy pada hari ini…kita akan berjumpa lagi pd masa akan dtg insyaALLAH untuk smbungan syarat2 seterusnya…teruskan membaca blog sy jika ia dpt memberi manfaat kepada jiwa dan sanubari anda…jika ada salah pls write ur comment below k…

DOA

To be continue------------------------------->

Monday, May 30, 2011

Kelebihan susu Ibu kepada bayi anda

di kelapangan ini saya ingin berkogsi ttg kelebihan susu ibu kepada perkembangan bayi anda..Rasanya ramai yg sudah tahu kelebihan susu ibu, tp mungkin ada dikalangan kita yg kurang pasti dan teragak2 nak bagi susu ibu ke or susu formula kepada bayinya yg bakal lahir nanti.

Susu ibu, adalah anugerah tak ternilai kepada bayi anda.dan paling penting adalah sangat jimat dan menguntungkan. susu ibu byk membantu kepd perkembangan otak bayi anda..susu yg mula2 keluar adalah susu yg berwarna kuning cair dan sgt sedikit kuantitinya. itu adalah susu kolustrum yg memberi antibodi (daya tahn melwan penyakit kepada bayi anda) bayi anda boleh terhalang dr mendapat lelah,alahan kulit, gatal2 kulit dan pelbagai penyakit lain.
 Sehari sebelum menulis blog ni, sy berbual dgn kwn ibu saya yg pernah membuat research ttg kelebihan susu ibu. Beliau mengatakan bahawa anak yg menyusu ibu dan anak yg menyusu susu formula berbeza perangai dan tindak tanduknya.Sebagai contoh anak yg membesar dgn susu ibu lebih cenderung mendengar ckp ibunya dan taat, serta segala kebaikan ibunya akan turun kepadanya...tp berbeza dgn susu formula.plg baik menyusu seeloknya 2thun tepat..rujuk surah Albaqarah ayat 33.

Jika anda meneruskan penyusuan ibu anda akan mendapati anak anda pada satu tahap akan membuang air besar seminggu sekali atau 4hari sekali..dari situlah kita dpt berjimat, kerana susu ibu mempunyai byk khasiat dan nutrien nya byk diserap oleh bayi anda tetapi bagi susu formula terlalu byk hampas yg perlu dibuang.

Untuk membnykkan susu selain dr penjagaan pemakanan anda dinasihatkan selalu bercakp2 dgn bayi anada ketika dlm kandungan lagi. Alhamdulillah sy telah praktikkan dr petua sahabat sy, semasa mengandung  walaupun dia dialam rahim tetapi dia boleh mendengar. Contohnya: sayang lahir nnt minumlah susu ibu ya sehingga 2 thun lebih. dan seperti biasa pada semua insan berdoalah selalu moga rezeki anak kita menyusu susu kita sehingga dua tahun lebih.InsyaALLAH ALLAH akan beri...

So, bagi para ibu yg bekerja saya syorkan anda merancang untuk terus menyusu bayi anda, dapatkanlah info2 bagaimana menjaga susu yg telah diperah ketika kita bekerja. Saya telah merancang dgn membeli Breast Pump untuk mengepam susu sebg stok  susu untuk anak saya..Anda juga dinasihatkan membeli pam susu elektrik yg lebih sesuai dgn kesuntukan masa yg kita ada. Tidak sakit, mudah dibawa,dan tak sakit, tambah2 lagi anda membeli pam yg mempunyai kapasiti mengepam sekali dr kedua2 payudara anda. Macam saya sy guna breast pump Spectra 3 double pumping.

Spectra 3 Breast Pump(double pumping)

Inilah pam yg saya beli online dari www.enjoybreastfeed.com    ada harga untuk pam itu sahaja dan ada untuk package. dan jgn lupa beli juga milk storage untuk stok diwaktu kecemasan.Saya beli mom's little one's sesuai dgn pam yg saya beli.
Inilah botol susu yg saya gunakan untuk menyimpan susu yg diperah

Mudah sahaja sebenarnya, HENDAK SERIBU DAYA....kita perlu berkorban untuk kebaikan anak kita...jika anda merasa mahal untuk membeli pam kumpullah duit sikit2..insyaALLAH dlm jgka masa panjang anad boleh berjimat dr membeli susu formula...bak kata P.ramlee" bekorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra sehati dan sejiwa"...

Kadang2 sy rasa berat sgt untuk semua ini, tp dlm hati nak bg yg terbaik kpd anak..pasti ada hikmah ALLAH bg susu itu pd kita..Usahalah sedaya mungkin..berilah susu anda kepada bayi sekurng2nya 6bulan...Saya harap apa yg saya kongsikan disini boleh membantu anda semua...

layarilah http://momslittleones.com/shop/download/AGuidetoSuccessfulBreastfeeding.pdf untuk info pada bakal ibu2 yg ingin menyusu bayi mereka...

Selamat Menyusu..
Nafisah Kekenyangan selepas menyusu...Alhamdulillah


Monday, May 23, 2011

I'm BACK...ALHAMDULILLAH - Part 2

Assalammualaikum...
nak smbung cite..tp cite yg dah 3bulan sudah..hehehe..nak kongsi pengalaman...kpd sesiapa yg merancang untuk mengandung dan sedang mengandung, jgn xmakan pulak ubat vitamin yg diberi doktor..klu teori anak besar tu mgkin akan terjadi..tetapi anda dinasihat kan untuk makan juga..walaupun selang sehari atau dua hari..contohnya ubat iron+asorbic asid elok dimakan untuk menambah darah dan pengumpulan susu yg banyak(insyaALLAH) dan percayalah kpd sesiapa yg sembelit dan ketandas seminggu 3 kali atau kurg eloklah makan iron+asorbic asid ni, kerana ia akan membantu anda membunag air besar dgn mudah..InsyaALLAH
untuk asid folik pula membantu perkembangan otak anak anda dan tumbesaran nya..dan paling membantu untuk ibu mengandung hilagkan stress adalah vitamin B complex, yg mempunyai hormon membantu melancarkan fungsi otak dan menghilangkan STRESS...
"STRESS"
stress adalah sinonim dgn ibu mengandung yg sgt2 sensitif..hehehe..so nak hilangkan stress mkanlah vitamin b complex lagi2 pada ibu yg menyusu kerana ibu yg menyusu mengeluarkan 2 hormon iaitu hormon yg membuat susu dan hormon yg mengeluarkan susu, jika hormon stress kita byk ia akan menurunkan kadar penghasilan susu..so, nak susu byk makanlah vitamin b complex dan iron+asorbic asid...

oh ya jagn pula lupa nak minum susu, saya masa ngandung dulu mula2 minum susu kambing HIGOAT..pastu xlarat nak beli, sy continue dgn susu lembu je...susu fernleaf dan susu anlene..hehehe..susu untuk ibu mengandung xminum sbb mahal sgt..lagipun saya minum susu sehari 2 gelas ke 3 gelas...

Penting ke susu ni?ohhhh sgt penting...jika ibu mengandung bayinya akan mengambil kalsium dari ibunya selama dia di dalam kandungan, so org kata klu xminum susu xsempat tua gigi sume dah xelok, kaki pun xkuat n cepat kena osteoporosis..haaaaaa..jg2...Selain dr itu saya ada ambil suplement lain iaitu ubat homeopathy...Alhamdulillah kandungan pun kuat anak pun sihat....

itu adalah persediaan zahir seorg ibu mengandung ..tapi bagaimana dgn persediaan batin? itu lebih2 lagi pengting untuk rohani dan jasmani ibu n anak, apakah persediaan batin  yg perlu:

1. Banyakkan membaca Al Quran(better smp khatam)
2. Banyakkan solat sunat(walaupun sunat witir shj)
3. Selalu berdoa dan bertaubat
4. Banyakkan Zikir
5. Selalu Mendengar perkara2 baik(bacaan Alquran, zikir, ceramah)
6. Kurangkan menonton/melihat perkara2 yang tak baik terutama cite hantu/tahyul(boleh terkesan kpd bayi anda)
7. Jangan mengumpat(yg ni yg sgt2 payah nak hindar...adoiiii)
8. Selalu bercakap perkara2 baik dgn anak anda dlm kandungan 
Cth: Anak ibu anak yg baik, jgn susahkan sesiapa pun bila lahir nnti tau..
        nnt anak ibu minum susu ibu tau(insyaALLAH susu banyak untuk bayi anda)
9.Hindarkan sifat2 mazmumah dan doalah byk2 pada ALLAH...nescaya dipermudahkan ALLAH untuk kita...Firman ALLAH, berdoalah kamu nescaya akan Ku Kabulkan...

so, buatlah semampu kita...saya pun xdpt laksanakan dgn sempurna tp kita cuba dan doa selalu..INGAT JANGAN BERGANTUNG PADA MANUSIA TETAPI BERGANTUNGLAH DGN ALLAH....tawakkal penting dlm hidup setelah kita berusaha...doa...doa...dan doa....

to be continue------>   wassalam


Bacalah...