Bercakap tentang harta dunia, banyak orang akan bertelagah tentang nya...sekiranya tidak berlandaskan agama ketidakADILan akan tercetus dan ada pihak yang akan teraniaya..Tetapi tidak pada orang yang berjaya menaklukinya...mereka akan cuba mempertahankan harta itu walaupun bukan HAKnya...Jika difikirkan siapa yang perlu mengalah dalam hal ini,adakah kita yang teraniaya tidak perlu mempertahankan HAK kita itu untuk kepentingan mereka dan hanya mengatakan pada diri sendiri "alaaa setakat harta dunia je, bukan nak kemana pun, akhirat esok kita bincang lain depan ALLAH Azza Wa Jalla"..Alhamdulillah jika hati kita semulia ini, Alhamdulillah jika kita fikir begitu dan terus membiarkan sahaja harta itu dan tidak ada sekelumit pun dendam atau sakit hati kepada mereka...boleh ke nak buat macam tu?lecturer saya pernah kata jika kita memaafkan seseorang itu, tapi kesalahannya masih kita ingat adakah kita telah memafkan dia?fikir2kanlah..
Pada mereka yang berjaya mendapatkan HAK orang lain itu, situasinya seperti yang dijangkakan, mereka akan berasa bangga dan gembira kerana MENANG dalam percaturan itu, selalunya dialog dia pada kita "alaa terimalah qada' dan qadar awak dapat banyak tu, mesti ada hikmahnya"..pandai pulak dia berkata2 pada qada' dan qadar...tapi dia tahu dak kalau dia ditempat orang yang teraniya itu mungkin dia pun "tergedik2" jugak nak HARTA tu...tak kisahlah sape menang kita kan ada ILMU agama kita ukurlah dari sudut agama, kebenaran pasti akan datang dan menang..apa yang nak difikirkan sangat tentang harta dunia ini..jika ia HAK kita ALLAH akan kembalikan pada kita diakhirat nnt..ketika itu terbeliaklah mata orang yang pernah merampas HAK kita didunia...yakinlah itu janji ALLAH pada orang yang beriman.
pssst...tulisan diatas tiada kena mengena dengan sesiapa...
No comments:
Post a Comment