Punca gout disebabkan oleh peningkatan asid urik di
dalam darah. Jika peningkatan asid ini tidak disekat, ia akan membentuk
“kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan
kesakitan pada sendi yang mengakibatkan sendi-sendi menjadi sakit, bengkak dan
inflamasi.
Lazimnya gout menyerang ibu kaki dimana ia menjadi merah, panas,
bengkak dan rasa sakit. Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku
lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pengumpulan asid urik ini boleh
dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil ‘tophi’.
Rawatan awal utk pesakit gout adalah ubatan yg bersifat anti-imflammatory seperti colchicine,
nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular
glucocorticoids, di mana ia
berfungsi untuk mengurangkan keradangan
sendi.
Rawatan utama pesakit gout adalah sejenis
dadah allopurinol (xanthine oxidase
inhibitor) di mana ia bertindak mengurangkan
pengahasilan asid urik dan meningkatkan
pengeluaran asid urik melalui air kencing
Untuk jangkamasa panjang pula, pesakit gout
juga dinasihatkan utk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan
purin seperti organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang,
udang, ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin. Pengambilan cecair yg banyak seperti air kosong juga amatlah
digalakkan dimana ianya dapat mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan
APAKAH KEADAAN YANG MENYEBABKAN GOUT BOLEH BERLAKU?
~Tekanan/Stress: terbukti memberi kesan negatif
pada badan dengan pengurangan mineral dan nutrisi serta peningkatan pengeluaran
adrenalin dan hormon tekanan/stress (steroid). Stress juga boleh
menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam darah dan menaikkan
paras asid urik ke tahap tinggi.
~Tabiat Makan: makanan yang salah, cara makan,
masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada
kesihatan anda. Makanan yang diproses akan melemahkan sistem penghadaman, yang
dengan itu melemahkan sistem imun dan seterusnya akan membenarkan gout
menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Makanan yang menyebabkan gout ialah makanan yang berasid.
Contohnya seperti kopi segera, sos, kicap, buah masam dan berwarna kuning,
jeruk, minuman bergas, makanan ringan, mee segera dan sebagainya.
~Berat badan: Berat badan yang melebihi. Umum mengetahui
berat badan boleh menjadi faktor utama punca pelbagai penyakit. Kalori
yang masuk, jika tidak digunakan dalam bentuk tenaga yang sama dengan jumlah
kalori yang keluar, boleh menyebabkan kegemukan.
~Gula: Gula terutamanya gula yang diproses menjadi produk
hiliran lain. Contohnya, gula kapas, gula putih, halwa dll. Terlalu
banyak gula akan menyebabkan keradangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan
penyakit yang diketahui termasuk gout.
~Antibiotik: Antibiotik itu
sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya.
Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan
diperlukan oleh sistem kesihatan. Ramai orang menghadapi masalah
disebabkan oleh ketidakseimbangan mikroorganisma sihat yang diperlukan untuk
penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Ramai juga yang
mengambil antibiotik akhirnya menderita dengan sistem imun yang lemah akibat
pergantungan kepada antibiotik tersebut.
~Merokok: Akan menyebabkan kadar urik asid bertambah di dalam
darah serta mengurangkan pengaliran gas oksigen yang mencukupi untuk
meneutralkan darah.
~Glucagon: Peranan ini dimainkan oleh pankreas melalui
rembesan glucagon. Glucagon berfungsi untuk menukarkan karbohidrat dan lemak
menjadi tenaga. Bahan yang tinggi urik asid semuanya akan
ditukarkan menjadi lemak dan kandungannya yang banyak didalam darah menjadikan
glucagon tidak dapat dirembeskan secara mencukupi. Akibatnya glucagon tidak
dapat dirembeskan sepenuhnya. Percubaan pankreas untuk merembeskan glucagon
secara berterusan akan melemahkan pankreas. Baki urik asid yang
berlebihan akan terkumpul yang menimbulkan masalah kesihatan termasuk potensi
gout.
~Pemikiran/Perasaan: Pemikiran yang negatif
terutama berkaitan dengan "keperihatinan" seperti ambil berat,
cemburu, ,dengki, khianat, hasad dan sebagainya. Sifat negatif akan mengganggu
proses rembesan semulajadi jus-jus pankreas termasuk glucagon.
VITAMIN CADANGAN - BAGI YANG BIJAK MEMBUAT PILIHAN SEMULAJADI TANPA KESAN SAMPINGAN
- Performance Drink (PD) – untuk atasi dehidrasi badan supaya asid urik boleh sentiasa diproses keluar.
- Alfalfa – alfalfa untuk detox dgn pengambilan air yang banyak atau dgn bantuan PD (bagi yang kurang minum air). Ia juga menghasilkan reaksi alkali dalam darah serta merupakan sumber potasium yang baik seperti kentang.
- Omegaguard – mengelakkan radang sendi.
- Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi
Kesemua Vitamin diatas adalah cadangan yang dapat membantu mencegah dan mengurangkan Gout,InsyaALLAH...
testimoni:
credit:to puan aula
Maklumat Lanjut berkenaan produk/ingin menambah pendapatan
hubungi: ~ Umi Nad'Rah Amir Hamzah ~ 0134502520 ~ Shaklee ID:880032